Tuesday, June 10, 2008

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

Oleh : Ustaz Idris Haji Ahmad

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.
Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.
Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.
Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.
Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.
Singapura bukan negara pengeluar minyak.


Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.
Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan.

Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.
Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.
Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.
Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.
Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.
Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.
"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.
"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.
Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.
Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.
Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara. - mks. _

Friday, June 6, 2008

Isu Minyak : Pemimpin perbodohkan rakyat, sebenarnya kamulah BODOH!

Berhubung dengan isu kenaikan minyak, majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dan telah melahirkan sakit hati yang terlampau sampai tak boleh nak di tuliskan dengan perkataan!

Seperti biasa media2 kerajaan memainkan peranan menyiarkan kenyataan pemimpin2 BN yang mengulas isu tersebut. Cukuplah kamu nak perbodohkan rakyat semua, hakikatnya kamu semua yang bodoh!

Awal-awal lagi rakyat diperbodohkan dengan kenyataan berkenaan dengan isu bahawa harga minyak di Malaysia adalah murah kalau dibandingkan dengan negara lain. Menariknya adalah dibanding dengan negara2 bukan pengeluar sahaja, sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak!

Mesyuarat kabinet hanya semata-mata untuk mengundi penetapan harga kenaikan semata2. 3 harga kenaikan minyak ditetapkan dalam agenda mesyuarat. Akhir setujulah untuk pilih yang tengah2.


Sebab Sebenar Kenaikan Harga Minyak - Pelaburan $7.7 Bilions .. - Pemudasabah - 38 mins ago
Pada Khamis lepas, 29 Mei 2008, Syarikat Pengeluar Minyak & Gas Ketiga Terbesar Australia, Santos Ltd., telah memilih Petronas Malaysia sebagai pemenang bida untuk menjalankan projek usahasama (joint ..


Paklah Bohong Isu Minyak!! Bolehkah MP Sabah percaya dengan Janji Paklah? - Pemudasabah

Dalam banyak banyak zaman pemerintahan di Malaysia, Zaman cucu Ulama' berfahaman Hadhari inilah yang paling kuat menipunya,tipunya bukan bermuslihat tetapi terang terangan, hari ini dia kata lain, ..


Demo demi demo, mungkin hingga minyak turun semula - Lagiberita -

Kerajaan didesak bentang laporan kewangan hasil minyak di Parlimen - Lagiberita
Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan ..


Parti Pakatan Rakyat Tawau desak kerajaan tarik balik kenaikan harga minyak - Pemudasabah
Parti Pakatan Rakyat Tawau menggesa kerajaan supaya me-narik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol dan diesel, ber-ikutan tindakan itu dilihat begitu membebankan rakyat terutamanya ..


Kenaikan minyak beri kesan buruk pengusaha kenderaan berpermit - Pemudasabah
BIMBANG ... Chin Lim Soon @ Ah Soon (kiri) dan Chin Nam Sing (kanan) menunjukkan muka depan akhbar New Sabah Times, yang memaparkan berita mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada Rabu. ..


Dollah Syahril buat kerja GILA - No2umno
almuslimin2 - Sekarang Dollah mahu potong cukai jalan. Ini semua kerja gila. Menaikan harga minyak samalah melepaskan ikatan seekor raksasa yang ganas yang akan mengancam, meratah dan menjahanam rakyat . Memberi seketul daging kepada ..


Kalau bodoh, jangan jadi menteri - No2umno
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mempersoalkan hasrat pengusaha pengangkutan awam yang mahu menaikkan kadar tambang atau caj perkhidmatan sedangkan mereka semua mempunyai kad fleet dan masih menikmati subsidi ..


Kenyataan Anwar: Harga Minyak Melambung!! - No2umno
anwaribrahim Semalam Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% ..


Himpunan Rakyat Negeri Selangor “Menuju Harapan Baru” - No2umno
anwaribrahimblog Himpunan Rakyat Negeri Selangor Menuju Harapan Baru Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang Waktu: 9 Malam Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad) Permit: LULUS ISU-ISU: 1) ..


Tipu untuk kali kedua. - Idhamlim

Kenaikan harga minyak pada 28 Feb 2006 dikatakan kerajaan mendapat penjimatan kewangan sebanyak 4 billion ringgit setahun akan digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan penduduk ..

Mengapa perlu beri tempoh 5 minggu untuk kerajaan - No2umno
detikdaily - [...] Rakyat baru sahaja digembarkan dengan isu kenaikan harga beras yang mendadak akibat kenaikan harga global.Dengan raup wajah yang bersahaja Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak dalam masa yang sama ..

Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet - No2umno
harakahdaily - Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak ..

Bas dilarang naik tambang - Malaysiakini

Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas pengusaha bas dan lori yang menaikkan kadar tambang dan sewa mereka, ekoran kenaikan harga petrol dan diesel sejak Selasa lalu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Demo Bantah Kenaikan Minyak Di Sungai Petani - No2umno

Diantara poster yang dipamerkan peserta demo.tranungkite - [...] Sungai Petani, 6 Jun: Himpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya manarik lebih 1000 orang untuk berhimpun di sebelah Dataran MPSP di sini. ..

Demo BABI boleh .... demo MINYAK tak boleh? - No2umno

Lagi demo bantah harga minyak malaysiakini - [...] Satu lagi demonstrasi kecil membantah kenaikan mendadak minyak diadakan di hadapan sebuah masjid di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya sejurus selepas solat Jumaat hari ini. ..

Kerajaan Beri Amaran Kepada Pengusaha Bas Sekolah - Minda-kembara

Wahai Datuk Noh Omar, kalau di Malaysia bas sekolah kita macam bas sekolah di New Dehli, mungkin pengusaha bas sekolah tidak akan rasa terdesak dengan kenaikan harga minyak tapi mereka pun ada anak bini yang nak kena ..

Demonstrasi: Polis beri amaran - Malaysiakini

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar berkata hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak sedang merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi seluruh negara membantah kenaikan harga minyak.

Harga Minyak Naik : Nikmat Dunia Tergugat - Dppwm

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 5 Jun 2008 dan tariff elektrik mulai 1 Julai 2008 menyebabkan rakyat Malaysia ramai yang mencarut, memaki dan marah, hal ini dapat ..

Lagi demo bantah harga minyak - Malaysiakini
Sepanduk, antaranya, 'Kerajaan Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak 24 jam', 'Undilah BN untuk kenaikan harga minyak' dan 'Tahniah! Kepada pengundi BN, inilah hadiah untuk anda'.

Thursday, May 29, 2008

Night of violence at the Cheras barricade

On a night filled with tension and anger, police detained three men and a woman for allegedly trying to ram a car into a line of riot police.

Five people also lodged police reports stating that they had been assaulted and one for damage to a car.

Residents at the scene alleged that as many as 20 people had been injured and several cars smashed by the unknown assailants.
Protests started when residents woke up to a concrete barricade rebuilt at the controversial access road earlier in the morning by Grand Saga. By evening, a crowd of at least 250 residents had gathered.
At 7.20pm, when residents pushed off a slab of concrete from the barricade a group of unidentified men rushed towards them wielding wooden sticks, bike helmets and, some residents claimed, metal rods and parang. The armed men shouted at the residents to stay away from the barricade.
Ean Yong Hian Wah, the State assemblyman for Seri Kembangan, arrived at 9pm and had to calm some riled-up residents, some of whom wanted to take quick revenge by destroying the Batu 11 toll booth.
“This problem should not be solved by violence. This is a legal matter and can only be settled in court,” he told residents, adding that he would be bringing up the issue at the Selangor exco meeting today.
According to Kajang district police chief Asst Commissioner Shakaruddin Che Mood, two of the five men who lodged reports were warded at hospitals for injuries to the head, one with a broken arm as well.
He added that three others who lodged reports were newsmen.
“Some of you who are not involved should be more careful and not get into the fray,” he told reporters.
He said police personnel were nearby when the attack started but could not reach the attackers in time as they were occupied with directing traffic.
Demonstrators returned after the attackers left to pull out one road sign from the ground and use it as lever to remove three more slabs at the barricade.
At 10pm, Federal Reserve Unit(FRU) and police arrived with a water cannon truck.
Residents dispersed and the remaining others were forced back.
When FRU personnel ordered all remaining residents to leave at midnight, one of the cars moving out of the area allegedly tried to ram into FRU personnel, according to police.
It subsequently collided with the car in front of it and FRU personnel surrounded the car.
The tussle resulted in police detaining three men, one shirtless and bloodied, and a girl.
State exco for Local Government, Study and Research Ronnie Liu, who arrived right after the four were detained, said he would be visiting those assaulted and would be requesting the Kajang Municipal Council to help open up the road today. However, he also said that this was a legal matter between companies and the residents should not be involved.
“The court has not allowed Grand Saga to barricade this area and they actually have no right to do this,” he said. He said Serdang MP Teo Nie Ching would call for an emergency motion in Parliament to discuss this issue.

Grand Saga executive director Zainal Abidin Ali had two days ago issued a statement saying: “Grand Saga will construct a barricade on the right of way at the indisputable portion of the concession area,” The controversy began in 2006 when Grand Saga upset residents by erecting a three-foot barricade to block an access road to the highway.

The barricade forced residents to take a 6km detour and pay a 90sen toll fee to get to Kuala Lumpur. Several other protests had taken place previously, one in which police fired tear gas and water cannons to disperse demonstrators on May 8.A number of court cases involving the toll concessionaire are still pending.

Sunday, May 25, 2008

Anwar Vs Mahathir 11

Peristiwa Penting
2002 - Mahathir letak jawatan sebagai PM
2003 - Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri
2004 - Anwar bebas dari Kemunting
2005 - Gerak di tubuhkan
2006 - Gerak jalan kan operasinya
2008 - Pakatan rakyat menang PRU 12
2008 - Mahathir keluar parti
2008 - Ezam masuk parti

Aku kecilkan skop ... peperangan kuasa antara 2 orang penting di dalam negara. Selepas itu, jalinan politik, berkembang dan berjalinan ke bawah membentuk beberapa puak pula. Tapi yang penting .... pokok cerita, perbalahan antara 2 gajah putih yang menggemparkan seluruh binatang di dalam hutan. Baru jerit sedikit, anjing, kerbau, seladang, angsa dan ular bertempiran lari menyelamatkan diri.

Ntah aku ni sedikit degil orangnya. Masih dengan fikiran lama. Bukan tak mahu maju tapi aku rasa ada yang tak kena. Orang tanya kenapa, Mahathir berbalah dengan Pak Lah. AKu akan kata ada sangkut paut dengan dendam dan arahan. Dendam kerana tidak ikut kan perintah. Ku suruh sepenggal, kau buat dua penggal. Ku suruh tahan, kau lepaskan.

Pak Lah dikatakan mungkir janji. Itu kata Mahathir dan kerana alasan itu, maka Mahathir terus menghentam Pak Lah sehinggalah beliau meninggalkan parti. Pada ku alasannya di pesongkan kepada Jambatan Kembar dan macam macam lagi. Itu alasan dan takkan nak cerita betul betul. Tapi Anwar bebas setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan hubungan antara Pak Lah dan Anwar melalui Khairy sudah berdesing sejak awal lagi. Dikaitkan pula dengan penghantaran Passport untuk Anwar ke luar negeri sejurus selepas Anwar dibebaskan dulu.

Akibat di cabar atau kecewa, Mahathir meninggalkan UMNO untuk kali keduanya pada 19/5/2008 yang lepas. Merujuk kepada sokongan Pak Lah yang kian berkurangan, kita beranggapan bahawa anggota UMNO akan turut meninggalkan beliau, tapi kenyataan ini meleset. Pemimpin tertinggi antaranya yang bercakap sekarang, masih berada di dalam kerana info dari luar sana menyatakan bahawa ada 'orang luar' akan sertai UMNO. Orang itu adalah Ezam.

Maka Tengku, Mukhriz dan beberapa orang kuat UMNO akan terus berada di dalam. Alasan tak diberi, tapi mereka pastinya menanti untuk pemilihan.

Selepas Ezam bersama Keadilan, beliau menubuhkan GERAK ... di dalam usaha membongkar Rasuah dan penyelewengan di dalam Kerajaan. Kenapa? Itu mungkin dia yang cipta atau ada pihak yang mahu ianya dicipta. Penubuhan Gerak yang bukan dari latarbelakang politik tetapi NGO memberikan tentangan tambahan kepada kerajaan BN. Kalau dulu hanya Keadilan, sekarang Keadilan dan Gerak.

Tapi baik keadilan mahupun Gerak .... motif nya tetap sama .... asak kerajaan.

Biar pun orang kata Anwar dan Ezam berpecah, pada aku senang je. Anwar kekal sebagai idola Ezam dan kerana itu Ezam seperti telah di ubah bahasa dan loghat untuk terus berbicara dengan melodi dan liang lentuk Anwar Ibrahim. Lebih mudah nak jelaskan adalah, Ezam adalah klon Anwar. Cuma bangsanya berbeza, antara Oghang Utagha dan Jawa.

Ezam orang nya 'loyal' pada satu. Pendiriannya tidak berubah dan tindakannya berpandu kepada arahan. Itu yang aku nampak di dalam diri Ezam.

Anwar bebas, Ezam keluar menubuhkan Gerak dan sekarang bakal bersama UMNO atas jemputan Khairy. Itu kata desas desus. Untuk selamatkan Pak lah .... bagi meneruskan percaturan yang asal.

Kalau Ezam, menyertai UMNO, ada beberapa orang yang tersangat bimbang, yakni Mahathir yang sudah diluar dan Najib yang bakal menjadi Perdana menteri. Tengku dan Mukhriz sekarang tunggu arahan. Apa kat mukhriz [ 'I will continue to fight from inside']. Selain dari itu .... yang lain tak payah nak bimbang sebab boleh ubah selaju putaran jam dan arah mengikut arah serta kelajuan angin.

Kalau Ezam selepas ini mengutuk Anwar, itu biasa. Seperti Anwar kutuk pak Lah. Tak banyak berbanding kutukan terhadap Najib dan Mahathir. Berlakun di dalam politik adalah resipi biasa. Kalau tak di letak ajinomoto, masakan tidak enak, tapi kalau tak der ajinomoto, orang makan jugak. Cuma pemikiran kita dididik untuk terima Ajinomoto sebagai resepi yang 'mesti' berada di dalam masakan.

Adalah mudah untuk mempunyai seseorang di dalam dari menyerang dari luar. Kau beri aku info, kita bertindak. Kau arah aku buat dan kalau digabungkan kedua dua faktor ini, sudah cukup kuat.

Politik umpama permainan catur. Kau tolak 'Kuda', aku tolak 'castle'. Kau tolak 'bishop' aku tolak 'kuda'. Sorong tarik, tarik sorong dan akhirnya seserang akan angkat tangan mengaku kalah. Cuma masa menentukan. Kesilapan langkah, akan menghentikan peperangan.

Orang di bawah tak tahu....dia main sokong membabi buta. Diatas sana sedang menggengam kepala King dan Queen untuk meneruskan langkah seterusnya.

Susahnya nak fahamkan bahasa aku ni, tapi korang olah lah sebaik mungkin agar di terima kepala otak masing masing. Mana mana ada politik dan menulis di dalam keadaan tergesa gesa kerana isteri nak ajak gi pasar. Kena ikut kerana aku pun ada politik juga, Politik suami isteri .........

RADENJOWO

BERITA-BERITA SEMASA


PAS perlu bertindak mendamaikan Mahathir-Anwar

Date: Sunday, May 25 @ 08:45:18 MYT

AS perlu bertindak dan membuka pentas untuk mendamaikan Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang sudah 10 tahun bermusuhan. Dalam keadaan politik Melayu yang semakin meruncing dua bekas tokoh pemimpin besar negara ini perlu didamaikan atas nama perpaduan Melayu dan Islam.

Jika Anwar mampu membuka meja rundingan antara PAS dan DAP untuk berkerjasama atas nama kepentingan dan kesejahteraa rakyat walaupun perbezaan ideologi dan matlamat parti adalah begitu ketara maka tiada yang mustahil dalam melaksanakan perkara-perkara yang membawa arah kebaikan

Ezam: Tiga soalan dari Hisham

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno diminta melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ezam masuk semula ke dalam Umno.

Di samping itu, beliau juga mahu mereka melihat setakat mana keikhlasan Ezam untuk berjuang bersama Umno.

Dan ketiga, tegas menteri pelajaran, apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno..


Wednesday, May 21, 2008

Pemimpin dan rakyat perlu Kasih Sayang

Kasih sayang adalah anugerah dari Allah s.w.t. Rakyat kasih dan sayang pada pemimpin juga satu anugerah, Keputusan PRU 12 yang lalu, menyaksikan sebahagian besar rakyat Malaysia telah menolak BN dan memberi peluang kepada PR untuk memimpin.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkitkan isu kemiskinan - Utaraonline

Oleh : Anis Nazri KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Isu kemiskinan, khususnya di luar bandar menjadi topik utama wakil Pakatan Rakyat apabila giliran Kementerian Luar Bandar mengambil bahagian penggulungan atas ..


MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal - Utaraonline

Oleh: Johari Jaafar IPOH,21 Mei� - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan agar apa juga masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan mengikut ..



39 SEBAB KENAPA CHE DET KELUAR UMNO


Hari ni kecoh satu malaysia, bekas pemimpin BN dan juga pemimpun negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO, Kenapa? Kenapa? Why? Berdasarkan laman web beliau, ada 39 sebab mengapa beliau berbuat demikian.

1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.

3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.

5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.

6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.

7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.

8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.

10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.

11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.

12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.

13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.

14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.

15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?

17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.

19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.

20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.

22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.

23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan “mega projeck” yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak “pet” projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain

24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.

26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.

27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.

28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?

29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.

30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.

31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.

32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.

33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.

34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.

35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.

38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.

39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.

Dipetik dari: http://www.blogger.com/www.chedet.com



Tuesday, May 20, 2008

Ulasan-ulasan Tun Mahathir keluar UMNO

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

Ulasan Anwar mengenai Tun Dr Mahathir keluar Umno

Oleh Anwar Ibrahim

Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.
Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.
Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

REAKSI TERHADAP TINDAKAN TUN DR MAHATHIR MENINGGALKAN UMNO

Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekali gus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.
PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan “islah” atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:
  1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
  2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
  3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
  4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Presiden PAS

Tak Tahan Lagi Dengan Cara Pak Lah Mentadbir Negara

MSO….Antara alasannya menurut Sanusi ialah kerana tidak tahan lagi dengan cara Abdullah mentadbirkan negara yang dikira merugikan bangsa dan negara. “Banyak alasannya antaranya ialah kerana saya tidak rela melaihat bangsa dan negara saya dijual kepada bangsa asing,” katanya ringkas.

Dalam pada itu beliau sempat menyebut, “kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,”. Apakah beliau memberi klu selepas ini bekas MB Kedah itu akan bersama Pas bagi meneruskan perjaungan membela Melayu dan Islam. ….more

Pendirian AMK mengenai Tun Dr Mahathir keluar parti

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar daripada Umno adalah bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku di dalam parti berkenaan. AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga Presiden Umno terdahulu (Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini.AMK komited dengan pendirian bahawa Tun Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an.

Ini diperhebatkan lagi dengan sifat 'duduk dan diam' Abdullah yang memandang ringan 'kekotoran' yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004.Kekalutan yang melanda Umno seusai Pilihanraya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku ini adalah masalah dalaman Umno, tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan di dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno/BN.Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi tenang menjawab soalan media mengenai Tun Dr. .. - Utusan

Ku Li: I’ll stay to fight Abdullah - Thestar

Tengku Razaleigh Hamzah will remain in Umno to challenge Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for the party presidency and also to clean up the party.
Abdullah Uji Kesetiaan Ahli Umno - Dppwp
Pengistiharan keluar dari Umno oleh Tun Mahathir jelas mengoncang kedudukan Abdullah pada masa kini. Seramai 300 orang ahli Umno Merbok menuruti jejak langkah Mahathir dan kini ratusan ribu ahli Umno dilapor sedang berkira-kira untuk ..

Shock as Dr M quits Umno in last-ditch challenge to Abdullah - TODAYonline - Todayonline
Shock as Dr M quits Umno in last-ditch challenge to Abdullah TODAYonline,�Singapore�- 23 minutes ago Observers say he wanted to force the hand of his successor, Prime Minister Abdullah Ahmad ..
Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO - Lagiberita
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan ..
He said the decision was a sign his father had no confidence in the leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi , who is fighting for political ...
Read Che Det in his own words. And theSun/Reuters: PM Abdullah in danger as Mahathir quits party....
Kuala Lumpur (PTI): In a major setback for Malaysia's embattled Premier Abdullah Badawi, his mentor and influential predecessor Mahathir Mohammad on Monday ..
Abdullah yakin majoriti anggota umno - Kuda-kepang Abdullah Yakin Majoriti Anggota Umno Terus Setia Kepada Kepimpinannya KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak ..