Sunday, April 27, 2008

Apakah ISA akan di hapuskan bila Anwar jadi PM?

Hindus call for abolition of Internal Security Act in Malaysia

Kuala Lumpur, Apr 26: A group of Hindu Rights Action Force (Hindraf) supporters reportedly handed over a letter writing in a child-like handwriting yesterday to the country's highest ranking office, calling for the abolishment of the Internal Security Act (ISA) and the release of its five members detained under the Act.

The letter was written by Hindraf chairman P. Waythamoorthy's five-year-old daughter Vwaishhnnari, reported the staronline.P. Waythamoorthy is currently in London in self-imposed exile.The three-page letter requested the Yang di-Pertuan Agong to urge the Prime Minister to abolish the "draconian ISA." Established in 1957, the Yang di-Pertuan Agong is the highest ranking office created by the constitution of the federation of Malaysia."It is my humble request that you urge the Prime Minister to abolish the draconian ISA in your opening Royal Address in Parliament on April 29th and advise the Prime Minister to treat all Malaysians, especially the minority communities, equally. Thank you Your Highness and I would eagerly wait for your speech before the TV," the letter said.The girl later presented the letter to the palace, where it was received by the senior private secretary of the Yang di-Pertuan Agong. Full Story: Daily India


Berikut ialah maklumat-maklumat lanjut berhubung dengan ISA.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Sejarah

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.[2]

" Dalam tahun 1950, beliau ditugaskan ke Sarawak untuk menjadi Assistant Attorney-General. Apabila masa kemerdekaan datang, Hickling, sebagai Pembuat draf dan Pesuruhjaya Penggubal Undang-Undang Malaya, telah menolong mendrafkan Perlembagaan Malaya, Deklarasi Merdeka dan Kod Tanah Kebangsaan di mana beliau mengambil banyak tahun beliau di Sarawak kepada keprihatinan beliau terhadap isu-isu tanah bumiputra. Dalam temuramah beliau dalam tahun 1986 pada perdebatan umum, Hickling memberi komen bahawa pindaan perlembagaan per se tidaklah begitu jahat kerana Perlembagaan seharusnya menjadi satu documen yang hidup.

Dalam bukunya bertajuk An Introduction to the Constitution of Malaysia, beliau menulis: “There will always be a need to amend the Constitution from time to time, because in its origin the Constitution is the product of a series of compromises, accepted by people and communities with conflicting interests.”

Dalam konteks Malaysia, Hickling juga menerangkan bahawa Perlembagaan a “diwarnai oleh sistem undang-undang asing... merupakan satu produk pendraf yang tergesa-gesa”.

Dalam esei-esei selanjutnya, Hickling menekankan fakta berkali-kali daripada satu sistem asing, menyatakan bahawa “sistem musuh yang diwariskan daripada British mungkin tidak sesuai bagi konteks Asia”.

Perundangan

Relevant sections of the legislation are as follows:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Pusat Tahanan

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Pembebasan

Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio

Kritikan

Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta PATRIOT selepasnya.

Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Antara kesalahan yang mereka terlibat dalam ialah:

Jemaah Islamiah
Daulah Islamiah
Pemalsuan wang syiling RM1
Pemalsuan dokumen pengenalan
Pemalsuan pasport rakyat China
Penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI)

Lihat juga

Akta Keselamatan Dalam Negeri
Operasi Lalang

Nota dan Rujukan
"Malaysia's Internal Security Act and Suppression of Political Dissent:A Human Rights Watch Backgrounder", The Star. Dicapai pada 2007-03-04.
"Legacy of the wayward lawyer", Human Right Watch. Dicapai pada 2007-03-04.
Tan, Chee Koon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, p. 27. Eastern Universities Press. ISBN 967-908-051-X.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm Chow, Kum Hor (Nov. 6, 2005). "9/11 changed Hu's view of ISA". New Sunday Times, p. 8–9.
Kamaruddin, Raja Petra (Oct. 31, 2005). "A taste of one’s own medicine". Malaysia Today.
Kamaruddin, Raja Petra (Nov. 4, 2005). "The true meaning of political doublespeak". Malaysia Today.

No comments: