PUTRAJAYA: Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang dianggap wajar oleh Thailand bagi pembangunan ekonomi dan sosial penduduk di selatan negara itu, sekali gus menyokong usaha menangani pergolakan di wilayah berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata walaupun pelbagai kemajuan sudah dicapai dalam bidang pendidikan dan kemahiran untuk golongan muda di wilayah berkenaan, masih banyak yang perlu dilakukan.
"Kita tahu bahawa penyelesaian kepada pergolakan yang timbul akibat kemiskinan dan kekurangan pembangunan, terletak bukan saja pada pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam tetapi juga pelaburan memajukan modal insan.
"Apabila seseorang mempunyai ilmu dan kemahiran, dia akan menjadi warga berguna yang dapat meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosialnya untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat," katanya di sini, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis jamuan tengah hari sempena lawatan dua hari rakan sejawatnya dari Thailand, Samak Sundaravej yang tiba kelmarin sebagai sebahagian program kunjungan ke semua negara Asean, selepas dilantik 28 Januari lalu.
Abdullah berkata, kedua-dua negara juga perlu mengenal pasti langkah khusus untuk mempercepatkan kerjasama dalam pelbagai perkara yang sudah dipersetujui sebelum ini, selain meneroka bidang baru.
25,000 rakyat Malaysia juga perlu dibantu Pak Lah
Hari ini genap 22 hari MERCANTILE POINT SDN BHD (762861-H) dibekukan semua akaunnya dan di soal siasat atas BAFIA (Banking and Financial Act) dan AMLA(Anti Money Laudering Act). Rakan Kongsi yang telah mula berniaga bersama MPSB tertunggu-tunggu apakah nasib yang akan menimpa MPSB. Berapa lama? Bila? bahagian aku bagaimana....?
"Apabila seseorang mempunyai ilmu dan kemahiran, dia akan menjadi warga berguna yang dapat meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosialnya untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat," kata PM pada majlis jamuan tengah hari sempena lawatan dua hari rakan sejawatnya dari Thailand, Samak Sundaravej.
Kata-kata PM amat itu amat tepat sekali untuk sama-sama kita tingkatkan ekonomi dan saranan itu telah di jayakan setahun yang lalu oleh MPSB. Konsep baru bina usahawan yang diperkenalkan melalui MPSB telah terbukti berjaya dan sudah ramai di kalangan rakan kongsinya yang berjaya melepaskan diri dari bebanan hutang, bebanan tanggungjawab keluarga, bebanan membayar ansuran dan telah mula menyusun semula akaun perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. MPSB memberi mereka nafas baru di dalam dunia keusahawanan.
Amat malang sekali jika sesuatu berlaku pada MPSB tanpa diberi peluang dan bimbingan oleh pihak kerajaan untuk beroperasi mengikut kaedah yang yang tidak menyalahi undang-undang. Pihak Bank Negara sepatutnya menjalankan siasatan pada peringkat awal lagi berhubung dengan modus operandi MPSB. Setelah 1 tahun beroperasi dan mempunyai 25,000 rakan kongsi baru Bank Negara menjalankan siasatan dan yang menjadi mangsa ialah rakyat.
EX-CORPORATE ADVISOR MPSB ialah PROFESSOR MOHD HAIRI ABDULLAH yang pernah bekerja dengan Bank Negara.
Persoalannya, apakah dengan mengadakan pelbagai akta dapat membantu rakyat meningkatkan ekonomi?
Apakah akta-akta yang diguna pakai sekarang sesuai dengan perubahan masa sesuai dengan abad ke 21 ini?
Kita tidak mahu jurang perbezaan ekonomi dikalangan rakyat berlaku yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
Tiba masanya akta-akta berhubung dengan kewangan di kaji balik demi meningkatkan ekonomi negara. Tak ada guna akta-akta yang dibuat hanya menguntungkan segelintir pihak dan yang ruginya majoriti rakyat.
Satu contoh yang patut sama-sama kita renungkan, bagaimana Singapura dapat maju ekonominya berbanding Malaysia. Pendapatan rakyatnya lebih tinggi dari rakyat Malaysia dan tiada hutang luar negara sedangkan negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti kelapa sawit, getah dan petrolium. Ini kerana rakyat Singapura ada ilmu dan kemahiran dari segi kewangan. Rakyat Malaysia juga ada ilmu dan kemahiran tetapi di kongkong dengan pelbagai akta yang menghalang untuk maju ke depan. Bilakah masanya rakyat Malaysia boleh bebas dengan kongkongan akta-akta ini?
Salah satu contoh keterbukaan Singapura ialah berhubung dengan FOREX. Salah satu syarikat dunia MF Global dapat beroperasi di Singapura dan dapat menyumbang kepada ekonomi.
Apakah akta-akta yang diguna pakai sekarang sesuai dengan perubahan masa sesuai dengan abad ke 21 ini?
Kita tidak mahu jurang perbezaan ekonomi dikalangan rakyat berlaku yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
Tiba masanya akta-akta berhubung dengan kewangan di kaji balik demi meningkatkan ekonomi negara. Tak ada guna akta-akta yang dibuat hanya menguntungkan segelintir pihak dan yang ruginya majoriti rakyat.
Satu contoh yang patut sama-sama kita renungkan, bagaimana Singapura dapat maju ekonominya berbanding Malaysia. Pendapatan rakyatnya lebih tinggi dari rakyat Malaysia dan tiada hutang luar negara sedangkan negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti kelapa sawit, getah dan petrolium. Ini kerana rakyat Singapura ada ilmu dan kemahiran dari segi kewangan. Rakyat Malaysia juga ada ilmu dan kemahiran tetapi di kongkong dengan pelbagai akta yang menghalang untuk maju ke depan. Bilakah masanya rakyat Malaysia boleh bebas dengan kongkongan akta-akta ini?
Salah satu contoh keterbukaan Singapura ialah berhubung dengan FOREX. Salah satu syarikat dunia MF Global dapat beroperasi di Singapura dan dapat menyumbang kepada ekonomi.
Agak terkejut kita, lebih daripada 26 orang rakyat Hong Kong yang menjadi billionaire (USD) dan 24 orang terlibat dalam bidang pelaburan.
Rakyat di galakkan melabur dalam ASN di bawah PNB dan berpeluang mendapat keuntungan sekitar lebih kurang 10% setahun. Kalau melabur RM10,000.00 dapat RM1000.00 setahun dan hanya RM83.00 sebulan. Bagi pelabur-pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar memang berbaloi. Amat malang sekali kerana usaha kerajaan untuk mencapai matlamat 30% pemilikan ekonomi bagi Bumiputera tidak tercapai!
Apakah kita orang Melayu hanya semata-mata berkuasa dalam politik dan ekonomi di berikan kepada Kaum China? Seolah-olah kita bangsa Melayu hanya menjadi pagar kepada harta yang dimilikki oleh kaum China dan akhirnya pagar akan runtuh dan harta terus kekal.
Inilah realiti hari ini.
Revolusi ekonomi yang di mulai oleh MPSB sewajarnya di bantu oleh pihak kerajaan. Kalau ada kesilapan dan kelemahan sepatutnya diperbaiki. Sekarang adalah era kasih sayang dan Pak Lah telah membuka laluan. Kasih sayang adalah anugerah Allah swt.
PRU12 telah membuktikan kuasa rakyat dalam membuat keputusan. Masih dalam ingatan bagaimana sebelum PRU12 rakyat mendengar kata-kata Pak Lah bahawa beliau tiada kuasa berhubung dengan isu kenaikan harga petrol.
Akhirnya sebahagian besar pengundi menyebelahi Pakatan Rakyat kerana Manifesto "Negara Kebajikan" dan pada 14 April 2008 Dato' Seri Anwar mengulangi kembali bahawa jika PR dapat memerintah Malaysia, harga petrol akan diturunkan.
Berhubung dengan isu MPSB, kita bukan mahu Pak Lah salahguna kuasa tetapi apa yang kita mahu ialah gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga kuasa yang di gunakan itu dapat membantu dan menolong 25,000 orang rakyat Malaysia dan secara tak langsung tercetus kasih sayang dari rakyat.
Bermula 25,000 orang kasih dan sayang pada Pak Lah seterusnya mereka menyampaikan kepada 5 orang maka hasilnya seramai 125,000 orang yang kasih dan sayang pada Pak Lah. Seterusnya 125,000 orang menyampaikan kepada 5 orang maka 625,000 orang terdetik di hati mereka kasih dan sayang pada Pak Lah.
Semoga Allah swt membuka pintu hati Pak Lah dan pihak-pihak yang terlibat (Bank Negara) berhubung dengan isu MPSB ini bertindaklah dengan penuh hikmah agar kepentingan rakyat dapat di jaga.
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.
Sila Klik untuk Maklumat lanjut berkenaan MPSB
1 comment:
Salam
Sepatutnya MPSB lah sepatutnya rujuk dulu kepada pihak berkuasa berkenaan metod yang diguna. Kita harus tahu bahawa 95% pemain forex mengalami kerugian, hanya 5% sahaja yang untung. Ianya menjadi landasan untuk orang yang ingin cepat jadi kaya. Dengan akal yang sihat kita tahu, benda yang nak cepat kaya ni, kebanyakannya menyebabkan cepat rugi adalah.
Post a Comment