Oleh Bernama
Isnin, 07 April 2008
KL: Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum ini menegaskan tidak tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan, hari ini dengan lantang dan tegas menjawab kritikan-kritikan yang dilempar terhadapnya oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno mengenai keputusan pilihan raya umum lepas, Perdana Menteri yang lazimnya bersikap berdiam diri terhadap kritikan Dr Mahathir, memberi isyarat sebaliknya.
Abdullah mengakui Tun Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri memang mempunyai kekuatan dan pengaruh, tetapi beliau menyifatkan tokoh veteran Umno itu telah menyalahgunakan kekuatannya sehingga merugikan parti.
"Tun Mahathir kata dia kuat, tetapi beliau telah menyalah gunakannya. Dulu masa kita (BN) menang pada pilihan raya 2004, beliau berkata kuat sangat, tak boleh, tak elok, kena ada pembangkang.""Apabila keputusan pilihan raya 2008 pembangkang naik (menang 82 daripada 222 kerusi parlimen) kita ingat dia nak celebrate (raikan), tapi kita kena hentam pula. Mengapa jadi begini?," soal Abdullah.
"Menang banyak tak boleh, dan menang sikit pun tak boleh?," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan berlawan dengan Dr Mahathir daripada nada kenyataannya itu, Abdullah berkata "saya bercakap apa yang perlu saya cakap, dan saya tidak bercakap apa yang saya tidak perlu bercakap."Abdullah berkata beliau sedar bahawa rakyat mahu beliau mula bercakap perkara yang dianggap mereka penting dijawab supaya Umno terus kuat dan mendapat keyakinan rakyat.
Abdullah juga menjawab tuduhan kononnya beliau merupakan pemimpin yang "lembik" dan membiarkan segala-galanya diputuskan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin.
"Masa saya (memerintah) tidak ada kebebasan, tetapi (dalam masa yang sama) kata saya lembik. Takut kat Si Lembik,?" tanya beliau.
"Yang lain bodoh belaka, Khairy saja pandai," katanya merujuk kepada tuduhan Dr Mahathir bahawa Abdullah membiarkan dirinya dipengaruhi oleh menantunya dalam membuat keputusan dan mentadbir negara.
"Tuduhan ini dibuat tanpa batasan dan terus hentam saja," kata beliau.
- Tindakan Disiplin Akan Diambil Ke Atas Anggota Umno Yang Sabotaj BN Pada ..
- Najib will take over 'when time ..
- Let's Sing "Goosey, Goosey Gander"...
- The Abdullah scapegoat
- Ku Li lemah di Kelantan, apa beza Abdullah di Pulau Pinang?
- Malaysian leaders clash over poll losses
- Malaysia's government blueprint for political succession grows clearer
- Mahathir Jawab - Jika Abdullah kekal Umno akan terus kalah
- Najib terharu bila Abdullah umum beliau pengganti PM
- Samy Vellu Reiterates Support For Abdullah, Calls On Critics To Stop ..
- Kehakiman: "Terpulang kepada agensi buat pendakwaan jika benar Mahathir ..
- Abdullah selar pengkritik
- UMNO menggelapkan wang KEMPEN = Dollah
- Raja Petra: Focus on the real issue and that is how to kick Abdullah ..
- Abdullah fires back at his nemeses - Limkitsiang
- UMNO/BN bertelagah PAS/PR ambil peluang
- 07-04-2008: PM: Mahathir harmed the judiciary
- Pertembungan Mahathir - Pak Lah kemuncak Pakatan Rakyat sedia perintah ..
- Dr. Mahathir bantu rosakkan UMNO - PM
- Dr M: I will stop if leadership stops doing wrong things
- Pak Lah makin tersempit, Ghani Othman pula sokong Kuli?
- Disciplinary Action For Sabotage Must Be Fair - Muhyiddin
- Will Muhyiddin challenge the PM?
- 'BN needs a change'
- PKR Jangan Ikut Budaya Umno!
- Akibat ketakutan kepada DSAI: Pak Lah Tertipu
- Mahathir COME BACK? Anwar KE MANA PULA?
- Najib perlu sangat berhati-hati supaya tidak senasib Anwar
- Khairy tidak campuri MT UMNO, Kabinet
- Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia...
- Gabungan PKR, PAS, DAP Mesti Segera Wujudkan Bangsa Malaysia
No comments:
Post a Comment