Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah. Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam Black 14 perhimpunan khas countdown rakyat.
Kata-kata DSAI,
"Kita memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’". “Dan apabila kita sebut ‘rakyat’, ia termasuklah orang Melayu… terutama yang yang tertindas dan bukannya yang kaya,” .
“Pendekatan kita seharusnya untuk membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan peluang dan hak mereka. Oleh itu, ia termasuklah orang Melayu, Cina, India dan rakyat Malaysia yang lain,” . "Pakatan Rakyat akan terbukti lebih berkesan dalam membantu rakyat, berbanding dengan Umno ataupun BN sebelum ini".
Antara Peristiwa Penting 14 April.
The April 14, 2007 protest in Ankara crowding the Ceremonial Plaza of Anıtkabir, the mausoleum of the founder of modern Turkey, Mustafa Kemal Atatürk. The number of people gathering for the first protest in front of Anıtkabir, the mausoleum of Mustafa Kemal Atatürk in Ankara, was cited as ranging from "hundreds of thousands" to 1.5 million people.[5] In the second protest, more than one million people gathered for the protests in Çağlayan square, Istanbul, according to AFP[6] and Reuters.[7] The BBC reported hundreds of thousands of people.[8] Over one, possibly two million people reportedly participated in the fifth rally.[9][10]RMS Titanic was an Olympic class passenger liner that became infamous for her collision with an iceberg on 14 April1912 and dramatic sinking on 15 April 1912. Construction of the Titanic, funded by the American J.P. Morgan and his International Mercantile Marine Co., began on 31 March 1909. Titanic No. 401 was launched two years and two months later on 31 May 1911.
Assassination of Abraham Lincoln
1865: President Abraham Lincoln is shot by John Wilkes Booth. Lincoln dies the next day.• China and Taiwan agree to restart talks after nearly a decade
• Somali militants kill two Britons, two Kenyans at school
• Authorities searching for missing Vt. woman find 3 bodies
• Woman gets brother's Purple Heart 60 years after his death
• Blockbuster offers to buy Circuit City for $6 to $8 per share
• Failing steel towns look to green industries to rebuild economy
• Uruguay fires up 1,250 grills, holds biggest BBQ in the world
• The Masters · MLB · NBA · NHL · NASCAR · Soccer · NFL
Rintihan Rakyat Masa Dulu (1999)
Sesungguhnya tanggal 14 April 1999 adalah detik bermulanya suatu senario di mana proses keadilan itu telah dicemarkan secara total buat julung-julung kalinya di Malaysia dalam keadaan zahiriah dan batiniah. Kalau dahulu, mungkin ada berlakunya ketidakadilan dalam gelap, namun tanggal 14 April 1999 menjadi bukti dan ianya adalah gambaran kezaliman seorang manusia bernama Mahathir dalam usahanya untuk melenyapkan terus seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim dari lipatan sejarah.
Namun, SUARA RAKYAT tidak akan malap. Kita kini berhadapan dengan seorang yang bersifat diktator. Sejarah dan sifat manusia biasanya tidak berubah. Maka rentetan sejarah yang pernah berlaku dahulu hanya menunggu masanya sahaja. Memang pasti sejarah telah membuktikan
segala diktator di dunia ini, dengan izin Allah s.w.t akan tewas di tangan RAKYAT. Apa yang digeruni oleh diktator ini?? Adakah mereka gerun dengan senjata? Adakah mereka gerun dengan bala tentera yang maha dahsyat? Adakah mereka takutkan musuh dalam selimut dan unsure-unsur subversif dalaman? Tidak!tidak sekali-kali. Mereka hanya gerunkan KUASA RAKYAT.
Tidak syak lagi. SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. Kehebatannya persis asteroid yang membelah bumi. Walau saiznya kecil namun momentum kelajuannya yang begitu hebat menjadi pemangkin untuk bagi menghasilkan kawah yang begitu besar wujud di muka bumi.
Ulangtahun pertama Memperingati Kezaliman Mahathir ini bakal menjadi suatu noktah di atas kesabaran rakyat selama ini. Rakyat telah cukup bersabar menerima segala tekanan, penindasan dan kezaliman doktor tua yang tidak mengenal erti perikemanusiaan dan melepaskan jawatan takkala nadi masih berdenyut dan kubur menanti dengan penuh pasti.
Pentas untuk kita terus mencetuskan semula momentum rakyat yang telah lama dibakar semenjak 20 September 1998 tidak sewajarnya ditontoni sahaja, terutamanya buat generasi muda.
Ayuh marilah kita sama-sama bangkit untuk memberi isyarat kepada diktator tua ini. Memang setiap perjuangan itu ada duri dan onaknya namun fikirlah secara matang. Kita sebagai generasi muda yang bakal mewarisi tampok kepimpinan negara ini, mahukah kamu mewarisi sebuah
kerajaan yang sudah punah. Perjuangan ini menuntut setiap insan yang mengalir ditubuhnya darah pejuang yang berjiwa suci untuk bangkit mengetuai barisan hadapan "Pejuang The Black 14".
Pak Nasir, Perdana Menteri Indonesia takkala Sukarno menjadi Presiden pernah berbicara "Takkala Agamaku, Bangsaku dan Negaraku diancam, maka akan lahir anak-anak muda yang tidak bernama yang akan bangkit mempertahankannya. Begitu juga dengan kenyataan Ayatullah Khomaini tika diseksa oleh tentera Iran, bila askar yang menyiksanya bertanya
kepada beliau, siapa yang akan menyelamatkan kamu sekarang, Ayatullah Khomaini menjawab "Anak-anak yang masih berada didalam perut ibunya.
Saudara segenerasiku sekalian, kita sudah tidak mampu lagi berharap pada yang sudah kurang upaya, jangan kita sia-siakan usia muda ini. Pergunakan khudrat yang dikurniakan Allah s.w.t. semoga suatu hari nanti, kuburan kita tidak dikencingkan dik cucu cicit kita kerana
kita hanya menjadi penonton kepada kezaliman yang sedang berlaku.
No comments:
Post a Comment