1 April 2008 - Dalam sidang akhbar pagi tadi, Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang mengumumkan bahawa satu pakatan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat sedang dalam proses untuk ditubuhkan.
Pakatan Rakyat ataupun “People Alliance” akan menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini. Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.
PAS, PKR dan DAP akan bergabung dalam Pakatan Rakyat. Cadangan penubuhan Pakatan Rakyat ini akan dibawa ke parti masing-masing terlebih dahulu sebelum diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Penubuhan Pakatan Rakyat dijangka mampu membuat perubahan didalam arena politik Malaysia.
Kalau sebelum ini, Barisan Nasional (BN) begitu kebal dan tidak ada pesaing, kini Pakatan Rakyat akan menjadi “check and balance”. Klik
Tuesday, April 1, 2008
Pakatan Rakyat (PAS + PKR + DAP)
Ketika Barisan Nasional masih lagi terkapai-kapai untuk mencari penyelesaian tentang punca kehilangan banyak kerusi dan majoriti dua pertiga di parlimen, parti-parti pembangkang sudah hampir mencapai kesepakatan untuk membentuk satu pakatan yang kuat.
Labels:
anwar ibrahim,
dap,
pakatan rakyat,
pas,
pkr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment