Monday, April 21, 2008

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Gambar di atas MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya.

Komen : Inilah contoh pemimpin yang kita mahu. Kasih dan sayang pada rakyat.



"Pertama, rakyat merasakan bahawa institusi dan kerangka perundangan bagi antirasuah masih lemah dan wujud kecenderungan untuk disalahguna.

Mereka menyatakan keperluan bagi memisahkan kuasa secara jelas antara institusi kerajaan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban awam yang lebih tinggi daripada agensi-agensi penguatkuasa," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Berita Selanjutnya....'



UMNO mesti kembali jadi 'parti kampung'

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat. "Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Berita selanjutnya..

No comments: