LIM CHUAN HING ABDULLAH
Parit Buntar, PERAK (Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong), Malaysia
Parit Buntar, PERAK (Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong), Malaysia
Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bertanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri tewas di tangan parti pembangkang.
“Ia betul, kita telah kalah daripada apa yang kita sasarkan, tapi kita ada banyak sebab kenapa kita kalah... saya bertanggungjawab,” kata beliau.
Pengerusi BN itu berkata, sehubungan itu satu pertemuan dengan ahli UMNO akan diadakan pada Ahad ini untuk beliau menjelaskan keadaan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti. Inilah perkembangan terkini dan pertama kali Abdullah mengakui ia bertanggung jawab dengan kekalah partinya dalam PR ke 12 yang lepas.
Desakan demi desakan telah dilakukan oleh pelbagai pihak suapaya beliau meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab tersebut.
Beberapa hari lepas desas-desus mengenai perletakan jawatan telah dibuat oleh beliau. Namun begitu saya berpandangan bahawa isu ini bukan mudah hendak reda. Akhbar perdana seolah ada sedikit terbuka dalam menyiarkan isu ini. Yang jelas Abdullah semakin banyak yang menolaknya dan bermusuh dengannya. Antaranya Ku Li dan Mukhriz.
Sampai timbalan-timbalan menteri yasng dilantik sudah 3 orang yang meletakkan jawatan. Selain itu kemelut perlantikan MB Perlis dan Terengganunya di mana calon yang ditunjukinya di tolak oleh Istana adalah sesuatu yang luarbiasa dan menjatuhkan air mukanya.
Nampaknya susahlah sekarang kita mahu ambil gambarnya dalam keadaan tidur sebelum ini. Apa dah jadi dengan Pak Lah......nasiblah kamu yek.......
No comments:
Post a Comment