Tuesday, April 1, 2008

Terengganu : Kisah Bulan March 2008 yang tersurat dan tersirat


Jangan perjudi nasib di bawah Idris Jusoh - 1 march 2008 Oleh Suhaimi Taib.
Penulis ditemui seorang kontraktor Terengganu, Abdul Rahim Jusoh (bukan nama sebenar) menceritakan bahawa penduduk Pulau Duyong, Kuala Terengganu akan dihalau dari kampung halaman mereka sekiranya, Barisan Nasional (BN) memerintah semula negeri itu.
Selamatkan Pulau Duyong daripada dirampas Idris 1 march 2008 oleh Adnan Ibrahim.
Penduduk Pulau Duyong mesti selamatkan pulau itu daripada dikuasai ahli perniagaan Patric Lim dengan memastikan PAS dan KeADILan memerintah negeri Terengganu semula, kata calon PAS, M Shukrimun Shamsudin. "Kita tidak mahu golongan kapitalis terus memonopoli khazanah negeri akibat pemerintahan Idris Jusoh yang lebih mengutamakan pembangunan yang hanya melahirkan sorang dua jutawan. Sedangkan rakyat Terengganu terus miskin dan berada di paras tertinggi di semenanjung," ujarnya.
Stadium Silat Di Jadikan Pejabat : Dua Stadium Mega di Bina 4 march 2008 oleh Ahmad Hadeed. Memang membazir dan dasar pembangunanyang tidak masuk akal tetapi itu adalah OK bagi MB Terengganu ,Deris Jusoh. Stadium Silat ini telah di bina semasa pemerintahan BN Wan Mokhtar dan di gunakan sekali saja untuk Pesta Silat Nusantara. Selepas ia ditinggal tidak di guna dan akhirnya ia di jadikan PEJABAT SUKAN NEGERI. Cuba bayangkan bagaimana kerajaan BN dengan sewenang wenang nya mengguna duit rakyat hanya untuk satu sport event dan kemudian membiarkannya kosong
Derih kena ingat....siapa yang tidak terluka jika dicantas sebegitu rupa..Mankor dan Kure pun dah pandai bermunajat supaya Rejim Derih terkubur dalam PRU kali ini..
Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Abdul Latif Mohamad kembali ke pangkuan PAS dalam satu majlis ceramah pengisytiharan yang hadiri lebih 5,000 orang di persekitaran Masjid As-Salam dekat rumah beliau di Jertih di sini, malam tadi.
"Deris Jusoh bergegar gegar mendabik dada tentang program memberi kemudahan internet kepada orang kampong namun melihat Dic Parabola berkulat terbiar dalam semak amat menyedihkan. Inilah salah satu lagi contoh program CAKAP BESAR Deris Jusoh di terengganu yang akhirnya hanya membazir di sana sini.
Beribu-ribu penyokong Idris tidak berarak ke istana Terengganu 10 march 2008. oleh siasahdaily. Lebih 1,000 penyokong bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak jadi berarak ke istana Terengganu selepas menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu jam 9.30 malam tadi.
" Deris Jusoh terkedu, di mana diberitakan usaha beliau membentuk kerajaan negeri tertangguh seketika dan tidak selancar negeri yang dimenangi Be End yang lain.Sumber rapat memberitahu, Idris terpaksa akur kehendak Pemangku Sultan yang tidak menerima mengadap disebabkan calon MB Terengganu adalah beliau sendiri, sedangkan pihak Istana tidak mahukan beliau menduduki kerusi tersebut. Oleh itu, selepas dua kali memohon mengadap ditolak, Idris juga diwartakan akan menggunakan kuasa PM untuk menyelesaikan kes tersebut.
Idris disambut 3,000 penyokong 10 march 2008. oleh Utusan.
Gara-gara khabar angin bertiup kencang berhubung Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar, menyebabkan kira-kira 3,000 penyokong dan pemimpin parti itu berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.
Mengenai spekulasi bahawa beliau tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar, Idris berkata "tak apalah (mengenai spekulasi itu). Saya kata itu (kedudukan jawatan Menteri Besar) atas istana (yang tentukan), saya tidak perlu jawab soalan tersebut."
Ahmad Said MB baru Terengganu? 12 march 2008. Oleh Malaysiakini.
Pengerusi BN Terengganu Datuk Idris Jusoh sedang menyaksikan drama besar dalam tempoh terdekat apabila namanya kini bukan lagi satu-satunya calon Menteri Besar. Pihak istana dikhabarkan memohon tiga nama, termasuk Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said dan Ajil, Datuk Rosol Wahid.
Katanya tujuh ketua bahagian di Terengganu telah menghantar satu memorandum kepada Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi yang meminta agar khidmat Idris Jusoh tidak disambungkan lagi. Memorandum itu katanya turut dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin. Gara-gara memorandum itu menyebabkan nama Idris Jusoh dikatakan digugurkan daripada menjadi Menteri Besar Terengganu di saat-saat akhir.
Istana Terengganu ‘tolak’ Idris? 12 march 2008. Oleh Wan Ramli Wan Mohamed.
Terengganu mungkin memperoleh Menteri Besar yang baru apabila nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.
"Allah Maha Kaya. Allah Maha Adil. Allah Maha Pembalas. Dalam sekelip mata, di atas dunia ini juga, tak payah tunggu di sana, Idris Jusoh bekas MB negeri Terengganu darul malang telah menerima pembalasan daripada Allah SWT kerana kejahatannya membuang dan membunuh kerjaya politik beberapa orang tokoh UMNO Terengganu. Balasan daripada Allah SWT ke atas Idris berlaku melalui tangan Istana Terengganu yang tidak memperkenankan pelantikan semula Idris sebagai menteri besar Terengganu. Syabas pihak istana. Ampun Tuanku. Kini Idris boleh merasakan bagaimana peritnya derita Abdul Rahman Bakar yang Idris ketepikan, padahal Idris tahu, Abdul Rahman Bakar (kalau menang) berpotensi besar untuk menjadi menteri penuh, namun Idris tidak peduli itu semua; dia lebih mementingkan dirinya dariapada kepentingan rakya negeri Terengganu.
Sebuah lagi akhbar melobi Idris kekal MB 15 march 2008. Oleh wartawan bulletin online.
Selepas Din Adam melobi menggunakan sebuah akhbar tempatan kelmarin, hari ini Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Mubarak), Datuk Ahmad Sidi Ismail pula ‘mengampu’ dengan memperalatkan akhbar media utama, menyokong penuh pelantikan Idris sebagai Menteri Besar Terengganu .
Idris Jusoh pula mahu bertembung dengan Istana Terengganu 15 march 2008. Oleh Awang Harun. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Seri Idris Jusoh patut menerima hakikat bahawa kerusi panas jawatan Menteri Besar itu bukan lagi menjadi miliknya selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu Ke-12 pada 8 Mac lalu. Ini kerana beliau dipercayai kurang disenangi pihak Istana setelah dilihat dalam masa sepenggal dilantik sebagai Menteri Besar, Idris dikatakan memerintah negeri umpama "bersultan di mata, beraja di hati" serta banyak mengguris hati dan perasaan pihak Istana.
PUTRAJAYA: Twenty-two Terengganu Barisan Nasional assemblymen met Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday to support Datuk Seri Idris Jusoh as the state's menteri besar. Among them were Datuk Rosol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besri), Datuk Mohd Awang Tera (Cukai), Datuk Za'aban Md Adib (Rantau Abang), Alias Abdullah (Alur Limbat), Datuk Rahim Md Said (Teluk Pasu), Datuk Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Toh Chin Yaw (Bandar), Dr A. Rahman Mokhtar (Kuala Besut), Zawawi Mohd Ismail (Kuala Berang), Halim Jusoh (Permaisuri), Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Rozi Mamat (Telemong), Ashaari Idris (Langkap), Ramlan Ali (Jabi), Razif Abdul Rahman (Seberang Takir), Rosli Othman (Kemasik), Nawi Mohamad (Hulu Besut), Khazam Che Mat (Batu Rakit), Zakaria @ Ariffin Abdullah (Paka) and Mohd Pohimi Yusof (Kota Putera).
Idris Jusoh masih ingatkan Allah! 16 march 2008 . Oleh yb_pmn.
"Alhamdulillah, sekian lama menjadi MB Terengganu, seingat saya inilah kali pertama terpancul perkataan "segalanya saya terpulanglah kepada Allah,".
Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu 16 march 2008. oleh anakredang.
Sinar Seharian sebuah penerbitan yang diedarkan semasa kempen pilihanaraya memaparkan liputan berita Sultan Murka Idris. Terkandung didalamnya artikel 10(Sepuluh) Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu. Buletin Online dimaklumkan bahawa bahan tersebut dicetak oleh ahli UMNO sendiri. Dibawah disenaraikan dibawah kezaliman Idris Jusoh terhadap rakyat Terengganu untuk renungan dan muhasabah kita semua.
Pak Lah tergugat dengan tindakan Istana? 16 march 2008. Oleh kelantankini.
WALAUPUN Barisan Nasional memenangi Perlis dan Terengganu dengan majoriti besar, namun pembentukan kerajaan kedua-dua negeri terus menimbulkan masalah, bahkan lebih teruk daripada situasi yang berlaku di Perak (yang dimenangi Barisan Alternatif).
10 sebab mengapa Deris Jusoh tak layak jadi MB Terengganu 17 march 2008. oleh Ahmad Ahdeed. Sebab yang berkaitan istana pula ialah ialah Deris Jusoh adalah manusia kurang ajar yang tidak tahu menghormati tatacara berurusan dengan istana. Cakap dengan raja guna I dan You saja. Sebab lain ialah yang berkaitan pegawai negeri ialah Deris jusoh ialah kurang ajar bila berurusan dengan kakitangan negeri Trg dan meletak banyak camera chua so lek di wisma.
Deris Jusoh tidak popular zaman wan mokhtar dahulu . Kita tidak tahu dimana Deris jusoh berada masa zaman wan mokhtar dahulu, mungkin sedang bertatih tatih belajar cari kontrak di KL untuk mengayakan kompeni ayah nya Jusoh Enterprise JE United. Deris muncul apabila UMNO merudum jatuh di negeri Terengganu dan UMNO mencari muka baru untuk memimpin umno menggantikan ayam tua di bawah wan mokhtar.
Kain rentang suara rakyat sokong tuanku 18 march 2008. Oleh Awang Harun.
Berikutan itu, sebanyak 60 keping kain rentang (banner) yang dipasang 'warga kota' (rakyat) dan disokong oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu 'hilang' hanya beberapa jam tergantung. Antara slogan yang tertera pada kain rentang berkenaan berbunyi 'Daulat Tuanku, Patik Rakyat Terengganu Berdiri Teguh Di belakang Tuanku', 'Daulat Tuanku, Selamatkan Terenggnau Darul Iman' dan 'Jangan Lo' Patrick Lim Mengatur Kuasa Politik Dan Harta Rakyat Terengganu' dipasang di seluruh lokasi utama di ke pusat Bandaraya ini.
Terengganu cipta rekod tiada MB selepas 10 hari pilihan raya 18 march 2008. Oleh kelantankini. BILA upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu akan berlangsung masih samar-samar dan tiada petunjuk ia akan diadakan hari ini. Sebelum ini majlis itu dikatakan akan berlangsung Selasa lepas, tetapi sehingga lewat petang semalam tiada pihak dapat mengesahkan tarikhnya.
Agong tidak boleh campuri pelantikan mb 18 march 2008 . Oleh Azamin Amin.
Kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu sehingga kini belum menampakkan tanda hasil postif malah menambahkan lagi 'kerumitan' apabila Peguam Negara menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon ke jawatan tersebut. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan rasmi jam 11.45 semalam berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Isu MB: Akhirnya Rakyat Terengganu Bersuara 19 march 2008 . Oleh amdang81.
Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...Akhirnya rakyat Terengganu sudah mula bersuara tentang pemilihan MB Terengganu. Maklum sahaja sudah lebih seminggu BN Terengganu menang selesa di Terengganu, namun sehingga hari ini pelantikan MB belum dilakukan. Semuanya dikatakan berpunca dari sikap Deris Jusoh yang tidak disukai pihak Istana Terengganu. Sebelum ini cakap-cakap itu kurang dipercayai, namun apabila 10 hari berlalu tanpa sebarang pelantikan, sudah tentu jelas bahawa Deris memang bermasalah dengan sultan.
Drama politik terhangat - Rakyat masih perlu kepemimpinan Idris? 20 march 2008. Oleh Buletin Online. “Rakyat Terengganu masih dahagakan kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan berharap beliau terus memimpin negeri selepas pilihan raya umum ke-12(PRU12).Begitu bunyi tulisan seorang penulis upahan yang terus menerus mengampu dan menidakkan kebobrokan Idris Jusoh, walaupun seluruh rakyat maklum bahawa hubungan bekas MB tersebut telah lama ‘bergeser’ dengan pihak istana.
Idris: Tak perlu ganti Pak Lah 21 march 2008. Oleh Malaysiakini.
Pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yakin ahli-ahli akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden Umno dalam perhimpunan agung Umno akan datang.
Isu MB Terengganu 21 march 2008 . Oleh Syed Imran.
Saya menghasilkan nukilan ini dari Kuala Terengganu. Hari ini adalah hari kedua saya di bumi Darul Iman dan isu perlantikan Menteri Besar masih belum selesai. Saya sempat meninjau pandangan warga Terengganu dan majoritinya berpendapat Idris Jusoh harus menghormati pendirian pihak Istana. Idris sepatutnya menarik diri daripada pencalonan parti kerana tidak mendapat restu Istana. Orang yang saya temui berkata rakyat Terengganu sudah bosan dengn Jusoh Enterprise. Saya tidak bertanya apa yang dimaksudkan dengan Jusoh Enterprise. Tetapi majoriti orang Terengganu tahu.
Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana – Idris wajib .. 22 march 2008. Oleh Bulletinonline. Majlis sambutan Maulidur Rasul di Terengganu tahun ini yang tidak dihadiri oleh Istana Terengganu menghantar satu mesej yang cukup ‘kuat’ kepada Idris dan UMNO Terengganu.Idris wajib berundur dan UMNO Perhubungan Terengganu mesti membuat satu keputusan mengorbankan Idris dengan mencadangkan nama lain kepada pihak Istana Terengganu sekiranya UMNO benar-benar mengambil kira kepentingan rakyat.

No comments: