Saturday, May 17, 2008

Lompat Parti : Unta Pikul Kitab 2

Berikut petikan dari kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam Berita Harian "Perbuatan pembangkang tak bermoral'.

Katanya, perbuatan pembangkang menawarkan ganjaran jutaan ringgit dan jawatan untuk mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti seperti pelacur yang kehausan pelanggan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, perbuatan itu membuktikan sikap tidak bermoral serta corak kepemimpinan pembangkang yang amat rendah.

"Ada pemimpin parti tertentu saban hari merayu dan meramalkan kononnya ada (Ahli Parlimen BN) berminat datang kepada mereka dengan cara tidak bermoral, tetapi tindakan mereka itulah yang sebenarnya kemuncak kepada corak kepimpinan paling tidak bermoral.
"Maaf saya katakan, jika ada orang sanggup melanggani pelacur, orang itulah sendiri pelacur paling besar. Itulah sifat dan taraf moral yang ada pada pemimpin yang saban hari merayu dan mencari pelanggan untuk mendapatkan kepuasan kehidupan politik mereka.

"Saya percaya di kalangan (Ahli Parlimen BN), tiada pelacur politik kerana sikap seperti itu sentiasa kita tolak," katanya.

Mengulas dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Ahmad Shabery berkata dalam dunia politik moden setiap wakil rakyat bertanggungjawab terhadap pengundi mereka dan tidak mungkin sanggup menggadai maruah serta mengkhianati amanah yang diberi. "Ini soal maruah kerana tindakan sedemikian bukan saja mengkhianati pengundi mereka, malah simbol yang mereka bawa. Mereka tahu mengkhianati harapan rakyat ialah perbuatan tidak bermoral dan saya percaya ia tidak berlaku," katanya.
----------------------------------------------------------------------

Komen Rakyat

Datuk Ahmad Shabery Cheek mudah lupa berhubung dengan kenyataannya itu sebenarnya kembali kepada dirinya sendiri, barangkali beliau tidak terfikir bahawa dengan sejarah politiknya sendiri yang pernah dua kali melompat parti, orang lain juga boleh mengaitkan Shabery sendiri dengan label diberikannya itu.

Pelacuran politik terbesar babitkan Shabery Chik
Oleh Mat Zain Mat Isa

Isu lompat parti: BN tidak layak suarakan isu moral - Anwar

Selasa, 13 Mei 2008 • Kategori: Berita Utama, Politik

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menolak dakwaan pimpinan BN bahawa tindakan Ahli Parlimen melompat parti adalah satu perbuatan tidak bermoral.

Beliau berkata, ia akan hanya menjadi tidak bermoral jika pilihanraya terbabit penuh penipuan termasuk pembatalan dakwat hitam serta kerusi yang sepatutnya dimenangi dikalahkan dengan cara tipu helah.

Beliau menambah, ia juga menjadi sedemikian (tidak bermoral) disebabkan amalan cara Umno menggunakan wang ringgit membeli orang supaya melompat parti.

Persoalannya ialah bukan berkaitan moral lompat parti, tetapi asasnya ialah mengapa seseorang itu memilih untuk melakukan satu perubahan besar”, katanya dalam sidang media di pejabatnya, di Petaling Jaya, 12 Mei lalu.

Anwar berkata, bagi mereka(Ahli Parlimen) yang terfikir untuk melompat parti itu adalah kerana mereka tidak dapat mempertahankan secara moral untuk terus berada di bawah sistem pemerintahan BN yang menghalalkan rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya seseorang Ahli Parlimen itu juga tidak akan berasa selesa untuk mempertahankan kerusi Parlimennya di bawah BN jika badan kehakiman tidak bebas, jenayah semakin meningkat dan media disekat di negara ini.

Sehubungan itu, katanya BN tidak layak untuk membangkitkan mahupun menyuarakan isu moral apatah lagi jika siasatan sesuatu kes bunuh tidak selesai termasuk curi RM500 juta tetapi tiada siasatan.

Mengulas laporan bahawa DAP menentang sebarang bentuk tindakan melompat parti, beliau menegaskan bahawa isu itu tidak timbul kerana parti berkenaan sentiasa diberi maklumbalas tentang segala kemajuan hasil daripada pembincangan hasrat Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Anwar juga menolak dakwaan rakyat tidak setuju jika tindakan itu berlaku kerana berpendapat bahawa Pakatan Rakyat menjanjikan antaranya, badan kehakiman serta media, yang bebas, dasar ekonomi yang adil, pembanterasan rasuah dan agenda ekonomi untuk semua rakyat malaysia.

“rakyat boleh protes jika mereka tidak bersetuju wakil yang dilantik menyertai Pakatan Rakyat. Kita mengamalkan kebebasan media dan kebebasan untuk bersuara bagi media untuk melaporkannya”, ujarnya lagi

No comments: