Monday, March 31, 2008

Melayu Takkan Hilang Di Dunia

Bangsa Melayu pernah berdaulat,Terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berkat,Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi(SAW) pernah beri alamat,Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,Karamah, barakah, jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,Sanggah ‘wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berkat,Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berkat,Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,Bumi zuriat Nabi(SAW),itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,Pancaran Nabi(SAW), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana dunia,Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,Hayati warisan persuratanya,
Syair seloka sungguh indahnya,Pertukangan, sulaman, tiada taranya,

Berkurun Melayu junjung agama,Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,Rahmat Allah dimana jua.

Orang Melayu usah alpa,Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhya bertalu-talu,Sehinga bangsa menjadi terkelu.

Melayu mula ditimpa musibah,Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,Akhirnya Melayu mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesan junjungan Rasulullah(SAW),Panji hitam dari timur,
bumi karamah,Bangsa Melayu usah menyerah,Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,Umarak ulamak kuncinya terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangya,Berguru, bertarikat,
berisi dirinya,Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA!!”

No comments: