Monday, March 31, 2008

Suasana Politik Melayu Yang Bertambah Gelora

http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Pulau Pinang 30 Mac - Tun Dr Mahathir dalam merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Melayu Tanjong di sebuah Hotel di Georgetown, Penang menyatakan, "Pak Lah tidak malu kerana enggan berundur walaupun telah kalah di 5+1+2 negeri”.

Pada hari sebelum itu, beliau menyatakan
sistem kuota, yang beliau perkenalkan dahului, harus dihapuskan. Saranan itu menerima pelbagai sambutan dari ahli-ahli Majlis Tertinggi. Ada setuju dan ada tidak setuju. Sabah tidak peduli melainkan hanya mahu lebih Menteri. Sarawak tunggu menuntut.

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang nyawa politiknya baru diberi sambungan oksijen oleh Pak lah menentang penghapusan tersebut. Kalau ikut Mat Taib, Dolah Badawi itu Pemimpin agung seantero alam. Kipas Mat, kipas.




Esok hari Selasa April 1hb, dan ini bukan gurauan April Fool, portal MyKMU akan mengadakan Forum bertajuk "UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE 12: SATU PENILAIAN" pada jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Selangor.

Ucaptama adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli-ahli panel forum adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, dan Ketua Penerangan UMNO Johor, YB. Dr. Mohamad Fuad Zarkashi. Moderator forum ini ialah Datuk Ahmad A. Talib

Sementara itu, hai ... bagaikan tidak belajar-belajar lagi dan masih dalam mode tidak boleh menerima kenyataan, Ketua Penerangan UMNO yang perlu belajar bahasa Inggeris,
perlu belajar bahasa Melayu. Mengapa? Isi Perlembagaan UMNO menggunakan bahasa Melayu dan jelas beliau tidak memahaminya. Mat Taib memberi amaran kepada semua Ketua Bahagian Negeri Selangor supaya tidak menghadhiri.

Saya teringat kata-kata Bekas Timbalan Presiden MIC, Dato S Subramaniam sebelum hari pemilihan jawatan timbalan Presiden MIC yang berakhir dengan kekalahannya. Kata beliau, "Walaupun langit akan hilang, achimilai achimilai achimilai (Jangan takut, jangan takut, jangan takut)."

Datang dan dengarlah, walaupun dewan sudah penuh. Ada siar langsung di lobi.

Pada Khamis April 4hb, satu perjumpaan besar-besaran Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Gua Musang akan diadakan. Dengarnya ramai Ketua-Ketua Bahagian yang akan datang. Desas desus berkata Tengku Razaleigh sudah cukup untuk mendapatkan pencalunan bagi bertanding jawatan Presiden UMNO.

Sejurus selepas keputusan pilihanraya yang menghampakan BN, Tengku Razaleigh menuntut diadakan EGM untuk membincangkan masaalah prestasi UMNO. Tidak lama kemudian, beliau cup untuk bertanding jawatan Presiden menentang Abdullah Badawi. Maknanya, yang kena oo som jawatan yang lain.

Terdapat usaha untuk melambatkan pemilihan ke tahun hadapan tetapi selepas empat jam mesyuarat MKT yang dikatakan hangat, cadangan Mat Taib ditolak. Hangatnya mesyuarat hingga keluar kata-kata kesat. Rasanya Mat Taib ini akan menyuarakan pandangan yang akan ditolak sahaja.

Kata-kata yang paling tidak digemari terkeluar kata-kata hanya kerja "naik kuda, turun kuda". Demi menyokong Pak Lah, sanggup disebut "biar Pak Lah kekal daripada dikekalkan ..." Maaf saya tidak mahu sebut kerana salah di bawah undang-undang hasutan. Saya pun tidak setuju dengan
kata-kata derhaka Dato Azalina Md Said, walaupun saya bukan boleh digolong sebagai berideologi "royalist".

Hari ini, Tengku Razaleigh mempertingkatkan suaranya dengan menyatakan sesuatu kenyataan yang ramai tidak berani sebut. "
Melayu sudah hilang kuasa!"

Inilah realitinya hari ini. Malangnya, UMNO masih tidak mahu menerima kenyataan. Ramai apolegis yang masih dibuai illusi pemimpin yang mereka sembah lima waktu sehari itu hebat dalam Siddeq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Sebenarnya pemimpin yang ada ini tidak ada keupayaan untuk membaiki keadaan. Berhentikan mengharap-harap yang sudah tiada, bangunlah!

Atas realiti kehilangan kuasa itu, maka Gapena akan menganjurkan suatu Kongres Muafakat Melayu di Johor Baru pada 2-3 Mei 2008. Sebelum anda mencemik Melayu sebagai tidak habis-habis berseminar, berforum dan berkursus, sila baca pengumummannya di Mingguan Malaysia semalam.

Diakhir acara, sudah diatur perarakkan ke Istana Sultan Johor. Saya menyedari sesuatu anih mengenai jemputan-jemputan dan pembicara-pembicara. Rasa ijab hati berkata ada sesuatu yang besar mesejnya yang akan disampaikan. Saya belum mahu menyebut kerana tidak mahu merosakkan usaha penganjur.
Buat pengakir kata, demi alif ba dan ta, "Achimilai! Achimilai! Achimilai! Ahli-ahli UMNO sudah perlu berteriak pula, Makkal Sakti.


No comments: