Terengganu terkenal sebagai negeri yang kedua terkaya di Malaysia, tetapi mencatatkan kadar kemiskinan yang kedua tertinggi di Malaysia. Sewaktu PAS memerintah Terengganu, kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 17 peratus kepada 10.2 peratus. Selepas Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Terengganu - berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan - negeri ini mencatat penigkatan kadar kemiskinan kepada 15 peratus. PELIK TAPI BENAR!
Orang tidak siuman sahaja yang tidak tahu dana negara telah dikikis seperti yang berlaku pada tiga projek pelancongan utama di Terengganu, iaitu projek Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Masjid Kristal di Pulau Wan Wan. Sejumlah RM750 juta dibelanjakan dan rakyat sedikit pun tidak dapat merasa keuntungannya, apatah lagi menerima tempias kenikmatan daripada ketiga-tiga pembangunan ini.
Harapkan bekas MB (Idris), nasib rakyat tidak kemana. Beliau tak sepatutnya terlalu ikut telunjuk PM untuk buat salah dalam belanja wang ehsan. Akhirnya beliau jatuh tertiarap gara-gara terlalu ikut telunjuk PM. Angkara wang royalti ini ditukar kepada wang 'ehsan' maka menangislah sekalian rakyat Terengganu. Keajaiban berlaku, di mana duit yang berjumlah berbillion-billion ini digunakan tanpa sebarang audit, akaun dan di bahagi-bahagi sesuka hati mereka kerana semata-mata namanya wang 'ehsan'. Dan sudah tentu, jika diselusuri kembali kemana wang ehsan ini pergi maka kita akan bertemu seribu satu persimpangan jalan. Negeri Terengganu kembali menguasai tangga kedua peratus kemiskinan di Malaysia dan dalam masa yang sama ia digelar Kuwait Malaysia.
Sedari itu rakyat juga maklum orang yang menjadi petualang kepada rakyat Terengganu tidaklah lain melainkan Adun Jertih Dato Idris Jusoh melalui Jusoh Enterprise yang menjadi orang tengah merompak wang royalti untuk dibahagi-bahagikan kepada sesama penyamun secara berat sebelah dan rasuah kepada rakyat Terengganu yang dinamakan wang ihsan.
Tiba masanya Abdullah kena serah balik hak rakyat Terengganu wang royalti minyak. Menteri Besar Terengganu yang baru, Dato Ahmad Said mula mengorak langkah dengan meminta Pak Lah memulangkan semula royalti minyak Terengganu yang dikenali Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang telah dirompak hampir 8 tahun(2000)oleh kerajaan Pusat semata-mata menghukum kerajaan PAS yang berjaya menawan Terengganu selepas 40 tahun pada tahun 1999.
Kembalikan Hak Wang Royalti - MAMPAT sokong MB Terengganu - Buletinonline
PAS Terengganu sokong Menteri Besar minta Pusat kembalikan royalti. - No2umno
(Foto:Tun Salleh bersamaExco Terengganu meneliti dokumen sebelum memfailkan saman pada 2001) Buletinonline - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato'Ahmad Said meminta Wang Royalti Petroleum sebanyak ..
Pak Lah! Tolonglah! Pulangkan Royalti Minyak Terengganu! - Detikdaily
Terengganu wants Federal to hand over RM1 billion "wang ehsan" - Rockybru
"Our money" . Menteri Besar Ahmad Said, unwanted by the Badawi Administration but there because the Sultan of Terengganu wants him there, has asked Putrajaya to let the State Government manage the oil ..
Politik jahat Umno dalam isu royalti minyak Terengganu - Malaysia-today
PASJB: Pak Lah! Tolonglah Pulangkan Royalti Minyak Terengganu! - Marhaen
Terengganu minta Kerajaan Pusat kembalikan royalti minyak - Utusan
MB Seeks To Have Terengganu Manage Oil Royalty - Web7
Terengganu wants full control of oil royalty for its own projects - Thestar
The Terengganu state government wants full control of its oil royalty, which amounts to about RM1bil a year.
Lagi kejutan Dato Ahmad Said - Tranungkite
Assalamualaikum,,. Untuk pertama kali ana ingin memanggil MB terengganu dengan panggilan DATO AHMAD SAID, kerana teruja amat dengan keberaniannya meminta kerajaan persekutuan memulangkan royalti �minyak kepada kerajaan terengganu. Seperti ..
"Kembalikan royalti minyak" MB Terengganu - Klpos
+++++++++++++++++++++++
Ekonomi@partipolitik.com
Bolehkah Melayu Bersatu?
United Malay National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasionalis Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi asas ekonomi parti politik ini. (Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-bandan kerajaan i.e SEDC)
Parti Pas pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, Tok Peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka merasa selesa dengan Pas kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik oleh parti ini.
Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan Pas tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh Pas. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut Pas.
Ada satu lagi kumpulan yang berpayung di bawah PKR – mereka ini adalah kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malay National Organisations, atau perniagaan besar mereka terpelecok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997. Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.
Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok.
Apabila Abdullah Badawi masuk maka para komprador dan borjuis ini sedang di ketepikan kerana Abdullah sedang membawa susuk-susuk baru untuk menggantikan mereka. Dalam bahasa pasar Abdullah Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.
Amat jelas perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malay National Organisations bergaduh. Lima negeri yang di heboh-heboh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang.
Ini tidak ada sangkut paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau Bersatulah Melayu.
Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air Sungai Perak tetap mengalir ke laut di Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan terpaksa juga membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS. Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Badawi lembik, ini hanyalah sebagai alasan di atas kehilangan punca-punca ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka terus berkembang i.e untuk mereka terus mendapat kontrak.
Rujukan: Hishamudin Rais.
Nota Renungan Kisah Lampau Jadikan Panduan :
Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok.
Bailout Renong: Akhirnya Mahathir Akui Syarikat Kroni Punca Ekonomi Merudum
Sistem AP: punca krisis kereta nasional
Terutamanya memandangkan begitu luas tersebarnya tuduhan dan bisik-bisik mengenai wujudnya "Raja AP", AP diberikan kepada kroni-kroni yang tidak layak menerimanya, termasuk anak Dr Mahathir, menantu Datin Paduka Rafidah Aziz, bekas pegawai MITI, kakitangan Umno dan kroni-kroni yang lain.
Penyelamatan Korporat: Kepentingan Negara ataupun Kepentingan Siapa?
Tuesday, April 22, 2008
Bagaimana negeri yang kedua terkaya melahirkan rakyat yang miskin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment