Saturday, April 5, 2008

Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua rakyat Malaysia

Kita harus bezakan dari sikap rakus menindas dan mengurung rakyat, menipu dalam PRU, membelenggu media, merosakkan badan kehakiman dan merompak harta rakyat buat memperkaya anak-anak dan sanak saudara yang menunjangi Umno-BN dibawah Dr. Mahathir dan kini Abdullah-Najib. Maka ulasan dari kalangan yang terus mempertahankan dasar usang dan rasuah boleh dianggap sedikit melucukan.

Seandainya ada yang ikhlas mencari kebenaran, lihat saja perjalanan mahkamah, fatwa Sheikh Yusuf Qardawi, atau kenyataan awal -
Yayasan Masa Depan, Krisis Kewangan 97-98.

Sekonyong-konyong kini muncul jaguh Melayu baru, yang buta dengan rompakan besar dan pengkhianatan terhadap dasar bahasa, pendidikan kebangsaan. Kononnya Melayu diancam kerana kemaraan Cina termasuk DAP. Melayu kini terpinggir dan terperosok manakala ‘jaguh’ Melayu melimpah kekayaan.

Inshaallah kami bersama akan mempertahankan hak Melayu, kedudukan Islam melalui pendekatan baru dengan dasar dan program telus serta menjamin keadilan bagi semua rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim

No comments: