Perang politik yang sedang melanda tanahair hari ini saya anggap tidak lain dan tidak bukan daripada dulu lagi ialah pertembunganTun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sejarah Anwar Dalam UMNO
29 Mac 1982 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bergerak cergas dalam politik UMNO 'kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. "Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dan saya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin. Kami berharap akan dapat bekerjasama untuk kebaikan rakyat negara ini,". Beliau menyatakan demikian di hadapan Dr. Mahathir di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sebulan selepas (April 1982)Anwar dipilih sebagai calon pilihan raya umum dan memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari situlah bermulanya kerjaya politik Anwar dalam kerajaan. Pada usia 35 tahun, selepas menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi Anwar diberi kepercayaan menjadi Timbalan Menteri di JPM pada tahun yang sama selama 14 bulan.
Sebulan selepas (April 1982)Anwar dipilih sebagai calon pilihan raya umum dan memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari situlah bermulanya kerjaya politik Anwar dalam kerajaan. Pada usia 35 tahun, selepas menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi Anwar diberi kepercayaan menjadi Timbalan Menteri di JPM pada tahun yang sama selama 14 bulan.
9 September 1982 - 23 April 1987 Anwar dipilih sebagai sebagai Ketua Pemuda UMNO menewaskan Datuk Suhaimi Kamaruddin dengan beza 10 undi.
2 Jun 1983 Beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
14 Julai 1984 Menteri Pertanian.
1986 Beliau melangkah ke Kementerian Pendidikan, portfolio yang dianggap sebagai "petanda emas" bagi seorang anggota kabinet terus berjaya dalam kerjaya politik. Secara tradisi, jawatan Menteri Pendidikan disandang oleh mereka yang menjadi Perdana Menteri negara ini.
24 April 1987 Anwar dipilih sebagai Naib Presiden UMNO selepas beberapa kali menolak desas-desus bahawa beliau akan merebut jawatan itu. Beberapa bulan kemudian, Anwar menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan Ghafar yang merupakan Timbalan Presiden ketika itu renggang. Enam tahun kemudian beliau yang beberapa kali menafikan akan mencabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden, akhirnya mengubah pendirian atas alasan desakan para penyokong parti.
15 Mac 1991 Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim Zainuddin.
1 Disember 1993 Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang dalam pemilihan sebagaiTimbalan Presiden tanpa bertanding bagi menggantikan Tun Ghafar Baba.
19 Mei 1997 Beliau diberi kepercayaan untuk memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan.
2 September 1998 Beliau dipecat dalam kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
3 September 1998 Beliau dipecat dari UMNO
20 September 1998 Beliau ditangkap di kediamannya.
Fatwa Qardawi Terhadap Isu Anwar Ibrahim
Date: 19 Nov 1999
Fatwa Qardawi Terhadap Isu Anwar Ibrahim Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah. Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat syarak tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh MAHA... terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah menjawab persoalan ini.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?
Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya. Selanjutnya
Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sihat. Saya Alhamdulillah, sehat. Hanya pemikiran saya saja yang kurang sehat, kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yang paling menyedihkan ialah saya dipaksa untuk mengaku dan menandatangani dokumen2 yang kononnya saya ada hubongan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta Ismail dll. Selanjutnya...
Pada saat ini saya dikurung di penjara Sungai Buloh selepas sayadibebaskan daripadacengkaman konco-konco Mahathir di Bukit Aman. Disebabkan saya telah membuat permohonan habeas corpus, maka kehendak Mahathir ialah supaya saya terus-menerus ditahan tanpa dibicarakan, dan dia mahukan supaya walau dengan apacara sekalipun, permohonan saya itu mesti digagalkan. Selanjutnya....
Rakyat tidak menyenangi peristiwa yang berlaku sekarang ini. Ini nyata terbukti apabila ramai di kalangan ahli-ahli UMNO, termasuk di peringkat cawangan ini, telah keluar dari parti atau turut enggan untuk membayar yuran keahlian mereka bagi tahun 1999. Perubahan sikap dan pendirian rakyat secara mendadak, di seluruh negara, bukan sahaja tertumpu kepada generasi muda tetapi termasuk golongan tua juga. Selanjutnya....
Walaupun jiwa UMNO telah sebati dengan orang Melayu tetapi tibalah masanya UMNO mengudurkan diri daripada memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam khasnya. Kerana perjuangan UMNO sejak kebelakangan ini sudah terpesong jauh dari memperjuangkan nasib orang Melayu. Malah menteri-menteri yang dilantik untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu telah terus-menerus memeras keringat rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Selanjutnya...
No comments:
Post a Comment