Wednesday, April 9, 2008

Kroni Khairy - Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan sokong Khairy

SEREMBAN 8 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Jamlus Aziz berkata, calon yang paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini sudah semestinya kerana mengikut proses hieraki parti, Khairy adalah orang nombor dua selepas Hishammuddin dan apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember depan maka calon paling layak mengisi kekosongan itu ialah Khairy.

“Kita akan rugi jika kita tidak memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana kita telah gilap beliau untuk memimpin Pemuda UMNO selama ini. Selain taat setianya kepada parti, Khairy diakui mempunyai kebolehan dan berkemampuan.

“Ini terbukti kerana beliau banyak membantu Hishammuddin dan aktif dalam Pemuda UMNO serta pengorbanannya, terutama pada tiga pilihan raya kecil tahun lepas di mana Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan yang begitu menyerlah sekali,” katanya di sini, hari ini.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Jamlus berkata, walaupun terpaksa menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak namun Khairy diakui mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin. “Saya akan meminta Khairy supaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Saya juga akan meminta Pemuda UMNO negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Khairy,” katanya.

Jumaat lepas, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Setakat ini dua orang yang telahpun mengesahkan secara terbuka kesediaan bertanding merebut kerusi itu ialah Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir dan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

– Bernama

Pemuda Umno Perak sokong Khairy

Thursday, 10 April 2008
Bernama

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah calon paling sesuai menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun untuk mengetuai pergerakan itu, kata Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharudin.

Beliau berkata Khairy telah menunjukkan ciriciri kepimpinanan yang amat berkaliber dalam tempoh beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dan merupakan pembantu dan timbalan yang amat setia dan efektif kepada Hishammuddin.

Zainol Padzi Paharudin Ketua Pemuda UMNO Perak

A
DUN Sg. Manik setelah memenangi kerusi ADUN dengan majoriti 1374 berbanding Mustaffa Kamil Ayub (OPP - PKR). Datuk Ibrahim Katop yang baru sepenggal sebagai ADUN telah digantikan dengan Zainol. Diantara YB yang digugurkan dlm. PRU 12 ialah Datuk Ir. Onn Hamzah (Changkat Jong), Datuk Che Ri Daud (Bota),Datuk Ahmad Jaafar (Bukit Chandan),





Khairy akan pastikan ganti tempat Hishamuddin
Harakah Fri | Apr 11, 08 |
Melihat kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa beliau akan menyerahkan kepada anggota pergerakan Pemuda Umno berhubung kedudukan Ketua Pemuda Umno yang akan dikosongkan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien umum mungkin tidak menyangka bahawa ianya satu 'permainan politik' Khairy sahaja.

Sedangkan ada sumber menyatakan Khairy didakwa telah pun terlebih dahulu merancang untuk memastikan beberapa Pemuda Negeri mencadang dan menyokong beliau untuk menggantikan Hishamuddin.

Selain menafikan Umno Perak menyokong Khairy, Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang tersiar dalam satu laman web berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

Akibatnya kata sumber, pergolakan besar berlaku dalam Umno yang menyaksikan ramai calon yang seharusnya layak bertanding dinafikan oleh perancangan yang didakwa dilakukan Khairy.

"Akar umbi pemuda sudah meluat dengan Khairy, beliau naik dengan begitu cepat tanpa menjadi pemimpin atau ahli diperingkat akar umbi

"Hanya kerana beliau (Khairy) adalah menantu Perdana Menteri, laluannya dilihat mudah tanpa perlu mengikut hierarki," katanya.

No comments: