Wednesday, April 9, 2008

Exco Terengganu angkat sumpah

KUALA TERENGGANU, 9 April 2008 - Selepas lebih sebulan berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu pada pilihan raya umum lepas, 10 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Sepuluh anggota Exco berkenaan, yang termasuk tiga muka lama mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu ialah Adun Seberang Takir Ahmad Razif Abdul Rahman, Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Ashaari Idris (Langkap), Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Rozi Mamat (Telemong) dan Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut).

Sementara tiga Adun yang dilantik semula sebagai Exco ialah Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Toh Chin Yaw (Bandar).

No comments: