Wednesday, April 9, 2008

Blogger pertama yang dipecat dari UMNO ‘ sudah korner ’

Zaharin Mohd Yasin asalnya adalah satu nama kecil dalam arina politik tanahair.Dulunya bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur ini lebih dikenali dalam lingkungan orang UMNO sahaja kerana perwatakannya yang vokal dan jenis ‘ lepas cakap’.

Maklumat lanjut....


Alahai Sang Kelembai
Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.

Lompat Si Katak Lompat…
Lompatlah Tinggi Tinggi
Lompat Si Katak Lompat,

Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno

Pak Lah saya akan bersama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!

....
Ingat next time...nak benci org ker..nak sayang org ker...semua kerana Allah..bukan berpaksi naluri semata2.
Dedikasi Khusus Untuk Zaharin Sang Kelembai

In another life time, in a galaxy, far, far away, I used to work for a retired PCK – Pengarah Cawangan Khas. I can tell my grandchildren many amazing stories from that era of my life, but yesterday as Zaharin’s story broke out, I was reminded of a occasion I had with the ex-PCK. Of this occasion I must tell the world. How he while sipping tea in his dingy office casually remarked:
Panggilan dari sang kelembai saya baru
Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Sang Kelembai Dalam Kenangan

Bila air berkata-kata
Dari Bodoh ke Nyanyuk.
UMNO baru kenal perlembagaan Negeri
Kabinet filem " Tiga Abdul" Kabinet Kerajaan Tiga Beranak
Bila Raja mula BerajaLebih baik tidur dari jaga
Abdullah Hj Ahmad masih keliru.
Melayu Pulau Pinang
Abdullah Hj Ahmad masih tidak berubah
Salam berpelukan IMAN HADHARI
Pilihan raya atau Referendum 2
Pilihan Pilihan raya Umum atau Referendum
Empat tahun yang "black out"
Baik Mati Dalam Ketawa Dari Mati...
Pengundi Transformasi
Kemana Abdullah Hj Ahmad
Khir Toyo dan calon nya
Minda Melayu Tahun 2008
Hijrahlah meninggalkan Kerajaan Tiga Beranak
Khairy Jamalluddin Dan Eli Cohen
Apakah Isyaratnya?
PM Malaysia Betulkah Rasuah
UMNO berguru dengan Golkar
Peguam Negara vs Polis
Tulisan seorang Menteri mengenai ISA
Aksi-aksi elit pentabiran kerajaan
Rakyat semakin pening
Marah atau takut bini
Keselamatan Negara atau Politik
Bila Anak Raja Terlampau Pandai
Melayu macam "PARIAH"
Ketua Polis Negara pun dah sakit
Saya pantang dicabar
Tamat kah perjanjian Sang Sapurba
Parlimen Bubar Selewatnya Penghujung Februari?
Raja Dan Politik
Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada
Perdana Menteri yang sakit Bil 3

Abd. Zarin Mohd Yassin

Nama Pena : Sang Kelembai

Artikulis laman www.umno-reform.com yang memuatkan bukan sahaja tulisan - tulisan pedas tetapi mengupas senario politik semasa dan bersandarkan pengalaman berpolitik selama 37 tahun.

Kini mempunyai blog tersendiri dalam memainkan peranan penting mengisi kekosongan interaktif media dalam sirkulasi UMNO -

http://sangkelembai2006.blogspot.com/

Tulisan - tulisan bercorak satira tetapi tepat mengupas isu - isu semasa berpandukan sejarah meletakan beliau sebagai "political forensic" - mengelingkap isu - isu yang jarang - jarang disedari, sungguppun mempunyai kesan dalam senario politik tanah air.

Penulisan kolum di akhbar WATAN dengan nama Sang Kelembai kini hidup semula dalam media Internet - setelah Watan dikuburkan kerana penulisan dianggap keras dan keterlaluan.

Antara penghasilan tulisan beliau adalah buku tulisan pada tahun 2001 bertajuk "Bila lagi Mahathir nak sedar "

Berikut catatan beliau dalam biodata Sang kelembai;

Di lahirkan pada Mei 2, 1952 di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan telah mendapat pendidikan sehingga ke peringkat SPM di Kuala Lumpur. Kerjaya pertama adalah di Kementerian Penerangan sebagai Pelayan Pejabat (office boy) dan kemudian Pegawai Kerani di Perangsang Trading Sdn Berhad anak syarikat milik penuh PKNS. Pada tahun 1976 bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam, Albakri Enterprise yang menerbitkan majalah "Komentar" dan akhbar tabloid "Pelita Rakyat".

Untuk beberapa tahun seterusnya menjadi penulis sambilan dalam ucapan dan rencana dan pernah berkerja sebagai Pegawai Pemasaran hingga ke peringkat Pegawai Eksekuitf bagi sebuah syarikat yang diterajui oleh sesaorang yang hari ini menjadi Menteri Kabinet. Meletakan jawatan pada tahun 1992 kerana tekanan Anwar Ibrahim keatas majikan kerana sikap yang selalu mengkritik Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis UMNO. Bila diminta memilih antara kerja dan politik, saya telah memilih politik dan terus membuat kritikan terhadap Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim.

Semenjak tahun 1993 menjadi aktivis UMNO sehingga dipecat oleh Anwar Ibrahim dalam tahun 1996 kerana menulis beberapa surat terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. Menyertai semula UMNO pada tahun 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat dan dipecat semula pada 29hb September 2006 oleh Abdullah Hj Ahmad kerana tulisan-tulisan dalam blog www.sangkelembai2006.blogspot.com.

Telah bersama UMNO selama 36 tahun dan masih memberi akuan sebagai penyokong UMNO walau pun sudah dipecat. Saya dibentuk sebagai kader parti dan bukan sebagai pemimpin UMNO. Kader adalah setaraf Comando dalam tentera. Saya tidak berkhidmat kepada Ketua atau Presiden UMNO, kesemua derma bakti saya adalah kepada UMNO. Jika memerlukan Ketua dan Presiden itu dikalahkan kerana kepentingan Negara yang mempunyai tiga elemen, agama, bangsa dan tanah air, saya tidak ada halangan melaksanakan seperti mana yang saya lakukan sekarang.

Segala tulisan yang sepatutnya digunakan sebagai penanda aras oleh UMNO tetapi diterima secara yang lain oleh pemimpin UMNO khasnya Abdullah Hj Ahmad. Kesemua tulisan selepas dipecat adalah merupakan ikhtizam dan ikrar bagi meminta rakyat Malaysia berfikir sebelum memberi undi kepada UMNO/Barisan Nasional jika parti ini masih dipimpin oleh Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan cara pentadbiran "tiga beranak" yang terdiri dia - Abdullah Hj Ahmad, anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy Jamalludin.

Sebagai orang yang pernah muda dan bergiat dalam bidang seni dan budaya terutama puisi, sajak "AKu" oleh Chairil Anuar adalah perangsang dalam jiwa saya.

AKU

Kalau sampai waktu ku
Ku Mahu tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulan yang terbuang
Biar peluru menembus kulit ku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi

Chairil Anuar

Dan fikirkanlah pidato Brutus setelah dia membunuh Julius Caesar:

"Jika di tengah-tengah para hadirin ini, ada sahabat akrab Caesar, padanya aku ingin mengatakan bahawa rasa cintaku pada Caesar tidak kurang dari rasa cintanya. Dan kalau sahabat itu membalas, kenapa Brutus sampai menentang Caesar, inilah jawapanku - bukan tak cinta pada Caesar, tapi kerana cinta pada Rome. Apa kalian lebih suka Caesar hidup, sedangkan kalian mati sebagai budak, atau Caesar mati hingga semua dapat hidup merdeka? Kerana Caesar sayang padaku aku menangis untuknya: kerana dia beruntung, aku bergembira; kerana dia berani, ia ku hormati. Tapi kerana dia gila kekuasaan, dia ku bunuh. Ada air mata untuk cintanya, kegembiraan untuk nasib baiknya, dan kematian untuk kegilaanya pada kekuasaan."

Pembaca Budiman

Tentu anda setuju, kita tidak boleh sembarangan menyebut sesaorang itu pengkhianat, kerana setiap orang dapat dianggap akan bertanggungjawap atas perbuatannya. Namun satu hal yang boleh dipertimbangkan, dalam politik - mahupun dalam cinta - para pengkhianat selalu akan lebih menderita daripada yang dikhianati.

Dimana status anda sekarang ini? Adakah anda seorang pengkhianat kerana membabi buta memberikan sokongan kepada Abdullah Hj Ahmad dalam "Kerajaan Tiga Beranak" atau anda di khianati oleh Abdullah Hj Ahmad yang mempunyai ciri-ciri munafik, menjual Islam untuk kepentingan politiknya dan memperkayakan anak dan menantunya.

Anda akan dikenali sebagai juruselamat jika pilihanraya yang akan datang anda tidak mengundi calon UMNO/Barisan Nasional lantas membolehkan Abdullah Hj Ahmad berpindah ke Perth, Australia atau London, United Kingdom dan sesekali memancing ikan di yacht mewahnya di Mediterrean.

BERSAMA KITA BERSATU MENYELAMATKAN NEGARA

" khianat yang paling besar adalah bila seorang penguasa memperdagangkan rakyatnya"
(HR Athbrani)

No comments: