Pakatan pembangkang tidak memerlukan tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjuarai perjuangan mereka, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
"Dr Mahathir sewajarnya berhenti berperanan sebagai jurubicara tidak tentu hala," katanya, dipercayai mengulas surat mantan perdana menteri itu semalam di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
"Tiba masanya beliau mendiamkan diri dan biarkan barisan pembangkang mengawasi kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."
Dengan 82 ahli parlimen, pembangkang boleh berbuat demikian tanpa sokongan Dr Mahathir, katanya, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, dalam satu kenyataan hari ini. "Dr Mahathir sewajarnya, mungkin, menghabiskan masanya bersama cucu-cucunya di ambang senja usianya."
Dalam surat kepada The Sun, Dr Mahathir menulis: "Bagi Param Cumarawamy dan Karpal Singh, kebencian mereka terhadap saya memang sudah diketahui umum dan nyatalah tidak surut-surut walaupun setelah saya tidak lagi menjadi perdana menteri."
Beliau juga menulis: "Jika Param atau Karpal tidak yakin (bahawa saya tidak terlibat) mereka sepatutnya menggunakan kemahiran guaman mereka untuk menutup mulut saya." .
Param, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Karpal menggesa mantan perdana menteri itu disiasat berhubung dakwaan campur tangannya dalam badan kehakiman ketika 1988 dan juga siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1998.
Reaksi negatif dan sinis Karpal hari ini juga didorong kenyataan keras Dr Mahathir dalam surat peribadinya kepada pemimpin DAP itu baru-baru ini.
Mendedahkan surat bertarikh 3 April, Dr Mahathir menggelarkannya "the most contemptible of politicians and individuals" (orang dan ahli politik yang paling hina).
Karpal, Mahathir exchange letters on 1988 judicial crisis
On 27 March 2008, the MP for Bukit Gelugor, Karpal Singh, wrote to former premier Mahathir about the 1988 judicial crisis. “It is not the present Government which should apologise, but you yourself personally,” wrote Karpal. “Your culpability in the events leading to the dismissal of these three judges cannot have any justification in law or otherwise.”
Wednesday, April 9, 2008
Kami tidak perlukan Dr Mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment