PETALING JAYA, 1 April - Exco Pemuda Umno, Dato' Mukriz Mahathir berkata, masalah yang paling besar yang melanda kepimpinan negara yang menyebabkan BN kalah besar dalam pilihan raya 8 Mac lalu ialah mempunyai Perdana Menteri yang tidak menyelesaikan masalah.
Menurut Mukriz, sebenarnya ada benda yang amat tidak kena dengan negara dan Umno BN hari ini iaitu fokusnya ialah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sangat lemah.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan di Hotel Singgahsana dekat sini pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan di Hotel Singgahsana dekat sini pagi tadi.
Turut hadir ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.
Mengulas lanjut dalam forum itu Mukriz berkata, apa yang menjadi masalah hari ini ialah segala pembangunan ekonomi yang dirancang sebenarnya tidak dirasai rakyat.
Mengulas lanjut dalam forum itu Mukriz berkata, apa yang menjadi masalah hari ini ialah segala pembangunan ekonomi yang dirancang sebenarnya tidak dirasai rakyat.
"Pembangunan ekonomi tak dirasai oleh rakyat, kes rasuah berleluasa dan amalan nepotisme, kronisme di peringkat tertinggi, masalah harga barang yang kian meruncing menyebabkan rakyat terhimpit," katanya.
"PM tak dapat selesaikan isu,ini masalah paling besar, dalam pilihan raya ini kita kalah enam negeri ialatu lima campur satu (Wilayah Persekutuan).Kita hilang dua pertiga kerusi Parlimen, majoriti kita jatuh mendadak, tak pernah berlaku dalam sejarah negara dan umno walaupun pada tahun 1969, 1990 dan 1999 ada krisis, "Tapi ada yang kata kita kalah itu kalahlah, biasalah kalah," ujarnya sinis kepada satu jawapan popular dikeluarkan oleh Abdullah selepas kalah besar dalam pilihan raya umum lalu.

Namun menurut Mukriz, walaupun apa yang diperkatakan dalam forum itu sebagai satu kebenaran dalam merawat semula Umno, tetapi ada pihak yang tidak mahun hal itu dibincangkan.
"Pada waktu dan ketika ini mereka atur strategi untuk sekat kita malah kelmarin ada sms disebar kepada ahli Umno Selangor untuk halang dari hadiri forum ini, "Kenapa ia berlaku sedemikian, sebab mereka tahu walau pun mereka halang kita, tetapi cakap-cakap ini ada kesan kepada mereka," katanya.
Ujarnya, pada tahun 1998, negara mengalami krisis dan menghadapi serangan penyangak matawang, namun secara baiknya pemimpin ketika itu mengatasi polemik itu hingga rakyat kembali merasa selesa.
Katanya ia adalah kerana pada waktu itu ahli dan rakyat dibenarkan bersuara meluahkan perasaan, tetapi kini rakyat disuruh tutup muluit, katanya.
Katanya ia adalah kerana pada waktu itu ahli dan rakyat dibenarkan bersuara meluahkan perasaan, tetapi kini rakyat disuruh tutup muluit, katanya.
"Media perdana yang ada hari ini digunakan untuk propaganda untuk pihak tertentu bukan kepentingan rakyat, bukan untuk Umno tetapi individu tertentu,
"Media perdana tidak cerminkan kebimbangan rakyat.Siapa yang patut dipersalahkan?Patut ada pihak yang dipertangngungawabkan," tegasnya sambil merujuk kelemahan Abdullah sebagai antara punca kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Justeru beliau mengharapkan ahli dan pemimpin Umno kini mula memberanikan diri untuk melakukan perubahan dan ia perlu dilaksanakan segera dalam masa terdekat ini supaya keadaan tidak terus parah.
Untuk rekod, Mukriz sebelum ini telah mengutus surat mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk Umno/BN dalam pilihan raya umum lalu.
No comments:
Post a Comment