Ahli UMNO No: 000000001, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini berucap kepada lebih 3000 hadirin di majlis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kedah di Alor Star mengumumkan pada 12.35 tengahari bahawa beliau keluar daripada UMNO.
SUDAH SAH
Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta
ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.
Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya. – Bernama, 19 Mei, 2008 14:29 PM (LAGI)
Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku ahli UMNO No: 000000001, menyarankan pada Sabtu 17 Mei 2008, supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “disingkirkan” daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.
Menurut Mahathir, perjuangan UMNO adalah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Bukannya untuk mempertahankan Abdullah yang mementingkan “keluarga dan konco-konconya.”
Kata Mahathir lagi, soal pengganti Abdullah tidak perlu dibimbangkan. Sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan pasti mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Dalam konteks ini, Mahathir membayangkan bahawa Perdana Menteri selepas Abdullah perlu dinasihati oleh satu “Council of Elders” atau “Majlis Penasihat”.
Mahathir membuat saranan di atas sewaktu berucap untuk merumuskan buah fikiran para panelis Forum UMNO Pasca PRU 12 : Suara Hati Rakyat, anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar UMNO UMNO Johor dengan kerjasama Mykmu.net Johor di Johor Bahru.
Para panelis forum tersebut adalah Datuk A. Kadir Jasin, YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Dato' Zainal Abidin Zain dan saya sendiri (Ruhanie Ahmad). Bekas Duta, Datuk, Syed Hussein Al-Habshee, bertindak sebagai moderator.
Menurut Mahathir, ahli-ahli UMNO wajar bersatu untuk memulih dan memperkasakan parti, bukannya bersatu untuk mempertahankan mana-mana individu di dalam parti.
Kata Mahathir, terdapat seratus satu cara untuk “menyingkirkan” Abdullah. Pokoknya, ahli-ahli UMNO perlu komited, berani bersuara, berani ambil risiko dan berani bertindak. Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan cara-cara tersebut.
Maka, ahli-ahli UMNO perlu menggunakan kebijaksanaan untuk “menyingkirkan” Abdullah. Cara yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) adalah diizinkan oleh Perlembagaan UMNO. Tetapi, ia berhadapan dengan pelbagai aral dan rintangan.
Lantas, apakah cara yang terbaik, menyeluruh dan berkesan? Mampu dan beranikah pemimpin UMNO di seluruh peringkat menyahut cabaran Mahathuir seperti di atas?
Jika Majlis Tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO di negeri-negeri keberatan untuk “menyingkirkan” Abdullah demi agama, bangsa dan tanahair, mampu dan beranikah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan melakukan saranan Tun Mahathir? – Ruhanie Ahmad
PR-Inside.com ..
Mahathir News - Iht
He said his decision is a sign of no-confidence in the leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi . Mahathir appointed Abdullah to succeed him in ...
Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru - Utaraonline
Petikan Malaysiakini Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi ..
Mahathir keluar UMNO Untuk menguji Populariti nya - Utaraonline
Oleh ahmadhadeed Terkejut seluruh Malaysia, mahathir keluar dari UMNO. Orang kampung terkejut, orang bandar terkejut. Orang UMNO terkejut orang bukan UMNO terkejut. Apa kah motif sebenar apabila Mahathir berkata saya ..
Malaysia's former PM Mahathir quits .. - Timesofindia KUALA LUMPUR: Malaysia's influential former Prime Minister Mahathir Mohamad quit the ruling party on Monday after a long feud with his successor, deepening .. |
Mahathir resigns, deepening cracks in Umno - Malaysia-today
Update daripada utusan - Kuda-kepang
Update Daripada Utusan.com Tun Mahathir Keluar UMNO 19/05/2008 2:02pm ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha ..
Ramai terkejut dengan keputusan Mahathir - Klpos
Sejarah politik Mahathir - Klpos
TERKINI : Dr Mahathir isytihar keluar Umno - Utaraonline
19MAY2008 - 13:12pm TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar ..
Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir. - Utaraonline
Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Lagi Maha Ego. Selepas masyarakat dunia menyaksikan bagaimana ALLAH menghina Saddam yang dihancurkan oleh kumpulannya sendiri, yakni USA, kini masyarakat ..
Beranikah ahli umno ambil risiko ikuti - Kuda-kepang
Beranikah Ahli UMNO Ambil Risiko Ikuti Jejak Tun Mahathir Mohamad? Bila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan di Alor Star, Kedah, bahawa beliau keluar daripada UMNO, banyak pihak yang sayangkan parti ini jadi gempar. ..
Tun M's move may led to some turbulence - Ahmadatalib
AS EVERYONE would already have known, Tun Dr Mahathir Mohamad quit Umno, the party he led for 22 years. Making the announcement in Alor Star, the former Prime Minister caused more than a stir with his latest move. Several text ..
Ku Li pun letak jawatan sama? - Klpos
INI berita yang belum disahkan. KLpos.com diberitahu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyartai Tun Dr Mahathir meletak jawatan...
Petanda kerajaan BN tumbang makin hampir? - Klpos
AS: Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan...
Dr Mahathir umum keluar Umno - Khatibwalwaasi
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah ..
"Saya akan kembali lepas Abdullah letak jawatan" Mahathir - Klpos
No comments:
Post a Comment