Tuesday, May 20, 2008

Ulasan-ulasan Tun Mahathir keluar UMNO

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

Ulasan Anwar mengenai Tun Dr Mahathir keluar Umno

Oleh Anwar Ibrahim

Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.
Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.
Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

REAKSI TERHADAP TINDAKAN TUN DR MAHATHIR MENINGGALKAN UMNO

Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekali gus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.
PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan “islah” atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:
  1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
  2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
  3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
  4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Presiden PAS

Tak Tahan Lagi Dengan Cara Pak Lah Mentadbir Negara

MSO….Antara alasannya menurut Sanusi ialah kerana tidak tahan lagi dengan cara Abdullah mentadbirkan negara yang dikira merugikan bangsa dan negara. “Banyak alasannya antaranya ialah kerana saya tidak rela melaihat bangsa dan negara saya dijual kepada bangsa asing,” katanya ringkas.

Dalam pada itu beliau sempat menyebut, “kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,”. Apakah beliau memberi klu selepas ini bekas MB Kedah itu akan bersama Pas bagi meneruskan perjaungan membela Melayu dan Islam. ….more

Pendirian AMK mengenai Tun Dr Mahathir keluar parti

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar daripada Umno adalah bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku di dalam parti berkenaan. AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga Presiden Umno terdahulu (Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini.AMK komited dengan pendirian bahawa Tun Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an.

Ini diperhebatkan lagi dengan sifat 'duduk dan diam' Abdullah yang memandang ringan 'kekotoran' yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004.Kekalutan yang melanda Umno seusai Pilihanraya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku ini adalah masalah dalaman Umno, tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan di dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno/BN.Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi tenang menjawab soalan media mengenai Tun Dr. .. - Utusan

Ku Li: I’ll stay to fight Abdullah - Thestar

Tengku Razaleigh Hamzah will remain in Umno to challenge Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for the party presidency and also to clean up the party.
Abdullah Uji Kesetiaan Ahli Umno - Dppwp
Pengistiharan keluar dari Umno oleh Tun Mahathir jelas mengoncang kedudukan Abdullah pada masa kini. Seramai 300 orang ahli Umno Merbok menuruti jejak langkah Mahathir dan kini ratusan ribu ahli Umno dilapor sedang berkira-kira untuk ..

Shock as Dr M quits Umno in last-ditch challenge to Abdullah - TODAYonline - Todayonline
Shock as Dr M quits Umno in last-ditch challenge to Abdullah TODAYonline,�Singapore�- 23 minutes ago Observers say he wanted to force the hand of his successor, Prime Minister Abdullah Ahmad ..
Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO - Lagiberita
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan ..
He said the decision was a sign his father had no confidence in the leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi , who is fighting for political ...
Read Che Det in his own words. And theSun/Reuters: PM Abdullah in danger as Mahathir quits party....
Kuala Lumpur (PTI): In a major setback for Malaysia's embattled Premier Abdullah Badawi, his mentor and influential predecessor Mahathir Mohammad on Monday ..
Abdullah yakin majoriti anggota umno - Kuda-kepang Abdullah Yakin Majoriti Anggota Umno Terus Setia Kepada Kepimpinannya KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak ..

No comments: