Terengganu telah melakar sejarah tersendiri yang dikatakan’tidak pernah sebelum ini’.
Merenung semula sejarah kebangkitan Idris bermula kekalahan BN Terengganu ke tangan PAS 1999. UMNO Terengganu mula mencari pengerusi baru menggantikan Tan Sri Wan Mokhtar. Idris mula menuduh kerana Tan Sri yang telah lama dan enggan berundur adalah punca utama BN Terengganu tewas. Sedangkan kita perlu ingat gelombamng REFOMASI waktu itu cukup kuat sehingga tidak mampu hendak dihalang lagi. Idris mula mencari tempat untuk menjadi hero baru.
Tuah/nasib ada padanya. Kerana dia bukan ayam sabung yang boleh dilihat pada kakinya. Jadilah Idris Timbalan Pengerusi yang mana Sultan Abdullah Shah (kata Tun M) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
Idris memainkan peranannya supaya hebat dan dilihat hebat. Setelah setahun PAS memerintah Terengganu, maka bermulalah slogan ciptaan Idris yang mendapat tempat di hati rakyat “serik doh weeh”. Dari situ rakyat diajar Idris membenci PAS, dan ada juga kebenarannya bahawa PAS melakukan kesilapan bersiri sehingga ada orang PAS sendiri meninggalkan parti sendiri. Idris semakin yakin dengan gerak kerjanya dan melancarkan “Gelombang Biru”. Wahhh hebat. Benar, inilah gelombang rakyat Terengganu yang digerakkan bukan oleh Idris seorang diri. Ia digerakkan bersama ketua-ketua UMNO bahagian waktu itu yang hebat belaka (hari ini dicantas oleh Idris).
Akhirnya PAS kecundang 2004. Idris pun dipilih dan dilantik menjadi MB Terengganu. Nampaknya umpan sudah dimakan. Berhempas pulas kerja kuat, memang berbaloi jadi MB. Tahniahh…Idris gembira, UMNO gembira, Pak Lah senyum panjang, rakyat Terengganu pun cukup seronok. PAS seperti hilang arah, terdiam dan terduduk tanpa kata (walaupun katanya ada pengundi hantu, politik wang dan sebagainya). Nyata sekali, BN Terengganu menang besar dan mencari arah baru agar PAS tidak relevan lagi, sifarkan pembangkang di Terengganu, PAS tiada idea dan sebagainya. Ini menambahkan lagi kegembiraan Idris sehingga mengatakan PAS hanya tahu naik bendera….
Kata orang tua, di mana langit dijunjung, di situ bumi dipijak. Bila sudah berada di atas jangan kita lupa bumi yang pernah menjadi lantai kita belajar berjalan sehingga kita boleh berlari, kita boleh melompat. Bumi ini sentiasa bertasbih dengan caranya tersendiri. Idris lupa kawan. Idris lupa orang lama. Idris lupa pejuang-pejuang dek lekanya dengan ulul albab, quranik, ensyclopedik, ijtihadik. Dia senyum besar bila digelar arkitek politik Terengganu. Bangga lagi dengan kompleks sukan, airport baru, taman tamadun, UDM, UMT, lebuh raya pantai timur dan macam-macam lah.
Dah tibalah masanya Idris buat perubahan. Ahli politik yang rakyat sayang tidak berguana bagi Idris. Kaedah menilai calun sudah jauh berubah dalam percaturan Idris. Buah nangka dinamakan cempedak, buah epal dinamakan durian. Entah kenapa jadi begitu, kerana mungkin Idris sudah tahu menilai cara baru.
UMNO Terengganu mula bergolak. Kata Idris itu sementara sahaja. Faktor manusia, tetapi apa jadinya sesudah itu? Idris dilihat sebagai penipu bila senarai calon wakil rakyatnya diumumkan. Sakitnya hati. Mana tidaknya, dijemput hadir ke majlis pengumuman calon tetapi si YB itu tidak ada dalam senarai. Tidak dimaklumkan awal. Malu di mana nak diletakkan muka, ini nasib yang menimpa YB-YB baru-baru ini ditengah-tengah orang ramai. Apa salah mereka sehingga tidak boleh dimaklumkan lebih awal? Inilah pemimpin ulul albab yang berpaksikan Islam Hadhari. Sabarrr lah.. dan itulah penawar yang paling mujarab waktu itu.
Malangnya Idris masih yakin dengan tindakannya yang berlandaskan ulul albabnya itu. Menang lagi cuma PAS dapat 8 kerusi dewan negeri. Idris masih yakin dengan teorinya menjadikan pesaing-pesaingnya tidak relevan dalam UMNO. Itulah perancangan dia dan dia lupa Perancangan ALLAH sehingga dia sanggup menderhaka kepada DYM Sultan Terengganu. Katanya Sultan Abdullah yang mahukan dia, dek kerana presiden parti, dia kena ikut dan dia bawa bersama 22 ADUN supaya mengikuti beliau.
Idris mengajar pengikutnya menyalahkan Sultan Abdullah Shah apabila dia tidak dipilih jadi MB. Ini suara dari adun Batu Rakit… sedih saya bila mengetahuinya.
Kalau kita bertanya,siapa makan siapa dalam hal ini? Nampaknya Idris makan Idris, Sultan Abdullah makan dirinya sendiri. Cita-cita besar terkorban dek kerana ketamakan… jelas, nak kata apa lagi yang baik sudah jadi jahat dan yang tak baik mahu diangkat, semuanya mesti bersebab. Contohnya ketamakan itu saya merujuk kata-kata orang politik yang berpengalaman “..in politic, nothing happened by accident, if it happened, it was planned to be that way..” dan saya akui bahawa “politic is an art of possible”.
Saya rumuskan bahawa masing-masing tamak dan akhirnya masing-masing rugi. Ahmad Said yang hampir-hampir kena cantas akhirnya yang tidak rugi, tapi jangan jadi macam si Idris itu Bang Mad. Ambil tauladan dari peristiwa. Semoga ALLAH sentiasa memimpin MB baru ini.
Pak lah yang mengatur atau Idris yang mengatur? Atau kedua-duanya berpakat mengatur? Barangkali inilah cara aturan yang cukup licik untuk meneggelamkan kehebatan Idris. Saya akui Idris ada kehebatannya.
Sukar untuk dinafikan dan sukar untuk ditewaskan. Saya bangga dengan kebolehannya tetapi apakan daya apabila dia dicaturkan untuk ditiadakan orang sehebat ini, maka terkorbanlah dia. Mengapa Sultan Abdullah tidak boleh berbicang betul-betul soal calon dengan Idris dan soal MB dengan DYMM Tuanku? Sekarang nasi sudah menjadi bubur buat Idris walaupun dengan berbagai cara baik dan buruknya, nangka masak itu akhirnya buruk dan jatuh juga. Inilah cara Sultan Abdullah atau ‘the unforeseen hand’ played the role to kill Idris. Inilah cara dan kaedah yang licik untuk membunuh karier Idris. Siapa yang bijak ini? Fakir-fikir lah, yang pasti orang yang tamak kuasa juga. Pandai-pandai Idris rupanya banyak lagi yang dia belum pandai. Kalau ini betul, maka ‘the man behind the shadow’ memang hebat namun saya rasa sudah lama saya melihatnya. Kata Abraham Lincon, “you can cheat some people at some time but not all people at all time”. Rasanya memang begitulah nasib kita.
Jatuhnya Idris hari ini mungkin boleh naik semula. Tapi beliau kena bermula denga cara yang betul, bukan cantas mencantas, pijak memijak, fitnah memfitnah, ini cara UMNO Idris sudah dibenci bangsa sendiri. Bertaubatlah, dan sehingga kini Idris masih angkuh kerana belum lagi kedengaran suara mulutnya memohon maaf kepada orang yang dicantas. Mungkin ini tidak salah bagi amalan politik Idris, tetapi Islam mengaajar kita bahawa perbuatannya itu adalah salah dan berdosa disudut Agama.
Bagi pemimpin UMNO Terengganu yang lain, yang perangai macam Idris ini, bertaubatlah, kalau matipun orang akan sebut segala-galanya kita ini baik dan banyak membuat jasa. Jasa tetap dikenang walaupun saya tahu dan ingat kata-kata “when you do good, no body remember and when you do wrong, no body forget”.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment