Showing posts with label pak lah. Show all posts
Showing posts with label pak lah. Show all posts

Tuesday, April 1, 2008

Najib bukan lagi calon terbaik PM, kata Tun Mahathir

PETALING JAYA 1 april 2008 : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.
"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain. Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.
Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah. Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan Umno bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.
"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli Umno mesti memastikan ia tidak di manupalasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli Umno mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang Umno. Tidak guna kita cakap sayang Umno tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam Umno bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini. Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.
Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada Umno.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan Umno Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sunday, March 30, 2008

Warisankini : Himpunan Berita-berita

The March to War: Israel Prepares for War against ...
Hishammuddin : Kita harus melihat ke depan
What is waterboarding?
Nazri : Pemimpin dan rakyat Malaysia BODOH
Seniors, Selangor wants your expertise
Ekonomi : Harapan Baru Untuk Malaysia
I will still criticise Pak Lah if I have proof of ...
Announcing global online launch
NGO berbelanja sakan setelah terima RM11juta!
A Judicial reform plan with the untouchable plan a...
Mahathir's Last Stand
Media plan launched with editorial on front page! ...
Melentur Mimpi Kehidupan,Mendaki Bukit-bukit Harap...
THIS IS THE MOST MIRACULOUS OF HUMAN BEINGS
Warkah Berdarah Buat Pak Lah!
Najib pembawa zaman gelap
Black 14: Anwar announces blueprint for the future...
The history of today - 14 April
Stop Pak Lah
Nak Ku Nangis Tak Berairmata
Putrajaya Semakin Hampir
Dr M seems restlessly impatient (remember his nast...
Priority is to give pact more punch
PERHIMPUNAN 'BLACK 14'
Pak Lah Gorbachev Malaysia
Critically divided UMNO Johor,Kedah,Penang that n...
It was all 'magically' staged with no Q&A and no U...
PM diminta bercuti, Najib pemangku
'Character Assasination' Anwar Ibrahim
Kami tidak perlukan Dr Mahathir
Blogger pertama yang dipecat dari UMNO ‘ sudah kor...
Exco Terengganu angkat sumpah
Kroni Khairy - Ketua Pemuda UMNO
Nowadays Dr M sessions always have a dialogue
Umno revolt may launch a deadly plan C
Abdullah ke Sabah Lagi
Abdullah Kecam Dr Mahathir, Ku Li dan Anwar
After Short Post-Election Silence, Pak Lah Lambast...
Internet is the future of news
TEORI "RAHMAN": ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI...
PERTEMBUNGAN SENGIT ABAD INI - MAHATHIR VS ANWAR
Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua r...
Umno Gua Musang lulus usul untuk perhimpunan khas
Sila letak jawatan jika betul bertanggungjawab
Tengku Razaleigh: Umno Leaders are Buaya and Yu-yu...
Is the Malaysian Titanic (read Umno) still on cour...
Khairy Going To Lari
IDRIS JUSOH JATUH TERTIARAP
Melayu sudah hilang kuasa - Ku Li
Najib bukan lagi calon terbaik PM, kata Tun Mahath...
Pakatan Rakyat (PAS + PKR + DAP)
PRESIDEN PAS MENCADANGKAN GAGASAN PAKATAN POLITIK ...
Kali pertama sejarah Umno, PM daripada negeri yang...
Punca BN kalah PRU-12: Masalah paling besar, PM ti...
Stadium Melawati bergema laungan takbir, reformasi...
Terengganu : Kisah Bulan March 2008 yang tersurat ...
Daulat Tuanku
PM Will Not Survive
Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi, Airmata darah bercampur keringat,Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam, Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tingal kuasa, Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati bersama berbakti, Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa, Majulah dengan gagah perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, MALAYSIA kan gagah di Nusantara

Lagu ini di cipta oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi